Saturday, April 25, 2009

PMR Soalan Bergambar

Assalamualaikum kepada calon PMR

Ustaz mulakan sesi perbincangan kita dengan memberi fokus kepada salah format soalan PMR iaitu soalan bergambar.

Untuk menjawab soalan ini beberapa perkara perlu kita fahami dengan jelas. Cuba kamu perhatikan dengan teliti paparan gambar dalam soalan tersebut terlebih dahulu. Jawab beberapa soalan pendek sebelum kamu mula menjawab . Antaranya ;

1. Apa kamu lihat dalam gambar tersebut ?


2. Dimana lokasi gambar?


3. Siapa yang dapat kamu lihat ?


4. Apa aktiviti mereka ?


5. Bila agaknya aktiviti itu berlaku ?


6. Apa barangan dan peralatan yang terdapat di dalam gambar tersebut ?


Seterusnya keluarkan atau catatkan seberapa banyak kata nama atau kata kerja yang dapat kamu perhatikan dari gambar tersebut. Ini memudahkan kamu untuk membina ayat nanti.

Berpandukan soalan pendek ini, kamu boleh mula menjawab dan membina 5 jumlah mufidah. Pastikan jumlah ayat yang kamu gunakan tidak hanya satu bentuk sahaja seperti hanya jumlah fi'liyah, jumlah ismiyah atau syibhi jumlah . Sebaliknya gabungkan ketiga bentuk jumlah ayat tersebut agar ia menarik perhatian pemeriksa. Perhatikan contoh ayat berikut ;

Jumlah ismiyyah



المسلمون يذهون الى المسجد
المسلمون في المسجد
Jumlah fi'liyyah



يذهب المسلمون الى المسجد
Syibhi jumlah



في المسجد مسلمون

Seperkara lagi elakkan dari menggunakan bentuk ayat yang serupa sifatnya kerana ia akan menyebabkan markah kamu dipotong.

Cuba lihat gambar berikut dan bina 5 jumlah mufidah.




اسم

............................

...........................

فعل

.......................................

.........................................

حروف / ظرف

......................................

.....................................

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails