Wednesday, May 20, 2009

Bengkel Teknik Menjawab BAK PMR



Alhamdulillah dengan izin Allah dan kehendakNya jua, program bengkel teknik menjawab BAK PMR ini dapat dijalankan dengan jayanya. Lokasi pertama siri bengkel teknik menjawab pada tahun 2009 ini di SAM Haji Dorani Sungai Besar.
Antara matlamat bengkel ini mendedahkan calon PMR kepada bentuk soalan dan skema bahasa arab PMR serta teknik menjawab dengan betul. Pengetahuan pelajar tentang soalan dan skema bahasa arab ini amat penting untuk meningkatkan keyakinan diri mereka menjawab soalan bahasa arab dalam PMR nanti.
Terima kasih kepada Cikgu Muiz dan Ustaz Abdul Halim kerana memberi kepercayaan kepada ustaz untuk berkongsi pengalaman.


Ustaz Halim dengan penuh didikasi memantau perjalanan bengkel


Hmmm ... control ayu nampak!!!! he.he.

Kepada semua pelajar SAM Hj Dorani... syabas dan tahniah kerana berjaya mengikuti bengkel dengan penuh minat dan keinsafan...
Yakinlah satu fakta bahawa
ANDA PENENTU AWAL APA ANDA INGINKAN DI MASA DEPAN.
Apa anda sering FIKIRKAN DALAM DIRI adalah
apa yang bakal terjadi kelak dengan KEHENDAK ALLAH.
Fikirkan yang positif dan fikirkan KEJAYAAN.

Ustaz doakan kalian mampu membawa
PERUBAHAN DALAM DIRI dan SEKOLAH.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails