Saturday, May 23, 2009

Ole-ole Bahasa Arab

Assalamualaikum kepada para pengunjung budiman

Disini ustaz sertakan bebarapa bahan tambahan untuk kegunaan dalam mempelajarai bahasa arab semoga ia menambahkan minat dan kemahiran kita dalam berbahasa.

Antaranya yang pertama laman web arabmalaysia yang boleh dikunjungi untuk mengetahui perihal malaysia dalam bahasa arab. Ini bukan sahaja membantu para pelancong arab tetapi juga kepada kita yang sememangnya perlu mengetahui tentang nagara kita yang tercinta ini dalam bahasa arab. Boleh dikunjungi melalui = http://www.arabmalaysia.com/







Keduanya sebagai buah tangan , adalah program tasrif elektronik yang sangat praktikal terutama calon Bahasa Arab Tinggi SPM serta rakan guru yang mengajarnya.
Sila download fail tersebut dari 4shared dibawah ini untuk menggunakannya. http://www.4shared.com/file/107122475/258e0807/tasrif.html


Caranya ; Sebaik sahaja anda berjaya dalam proses download itu paparan dibawah akan tertera. Sila tekan petak kecil sebelah kanan ( bermaksud mula tasrif ) . Paparan berikutnya akan mengandungi ruang kosong, tulis sahaja apa-apa kalimah perbuatan dalam feel madhi dan klik pada feel yang dikehendaki maka ia akan terus memaparkan tasrif lengkap untuk feel tersebut . Bagi kalimah yang bersabdu, klik pada petak kecil bahagian atas sebelah kiri sebelum anda memilih feel yang dekehendaki. Selamat mencuba ....


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails