Sunday, May 3, 2009

PMR Soalan Terjemahan


Assalamualaikum para pelajar dan pengunjung budiman


Seterusnya ustaz akan memperkatakan perihal soalan ke 7 dan 8 iaitu soalan terjemahan ayat kepada bahasa malaysia dan bahasa arab. Setiap soalan mengandungi 5 jumlah ayat dan markah yang diperuntukan sebanyak 10 markah setiap satu soalan.

Beberapa tips untuk menjawab soalan bahagian ini.


1. setiap satu jumlah ayat menyumbang 2 markah. Oleh itu untuk memudahkan calon,

bahagikan susunan perkataan dalam ayat tersebut kepada 4 bahagian dimana

setiap bahagian akan memberi 1/2 markah. Contoh mudah seperti berikut ;


الأنشطة اللآصفية / مفيدة / في حياة / الطالب

2. Sekiranya kamu gagal menguasai keseluruhan makna kalimah, jawab mana-mana sahaja

kalimah yang kamu tahu kerana ia tetap akan menyumbang markah 1/2 setiap satunya. Jadi

jika kamu dapat hanya 2 kalimah bermakna kamu mendapat 1 markah.


3. Isi kandungan soalan dalam bahagian ini pelbagai bentuk. Antaranya ;


bentuk arahan
يا الأولاد لا تضيعوا أوقاتكم

bentuk penyataan
ماليزيا بلاد نامية و متقدمة

bentuk kata-kata hikmah
العقل السليم في الجسم السليم

bentuk pertanyaan
كيف قضيت أوقاتك في الإجازة ؟


bentuk cerita pendek dengan tema tertentu.



Cara berkesan adalah dengan memperbanyakkan latihtubi menjawab mengikut format soalan. Usah tunggu diberi oleh guru. Mulakan dengan menyalin ungkapan dan ayat-ayat pendek dari buku teks mengikut format ini dan hantar kepada guru untuk disemak. Silap dan salah itu perkara biasa dalam belajar. Tak nak buat salah, jangan buat apa-apa. Tapi ingat, belum tentu orang yang tak buat apa-apa tidak dianggap tidak bersalah.


من لا يخطئ لا يفعل شيئ

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails