Sunday, June 14, 2009

PMR soalan lengkap perbualan

Assalamualaikum .. bertemu kembali dalam siri pembelajaran bahasa arab online ini.

Dalam siri latih tubi dan gerak gempur bahasa ini, kita akan melakukan post mortem terhadap corak jawapan pelajar dalam peperiksaan pertengahan tahun 2009 lalu untuk bahagian B ; soalan 4 ; lengkapkan perbualan. Perhatikan kesilapan calon dalam menjawab soalan ini .




petama ; ejaan salah dalam penulisan . Seringkali ustaz temui perkara ini kerana kurangnya keprihatinan calon atau kecuaian mereka ketika menjawab. lucu tapi sering berlaku . Jadi para guru mesti selalu berwaspada akan perkara ini. Terdapat pelbagai versi lagi untuk kalimah tersebut . antaranya ( اسلامعليكم ) ( السلامعليكوم )

kedua ; calon gagal memahami kehendak dan arahan soalan sebelum menjawab untuk melengkapkan perbualan ini. Calon seringkali lupa makna-makna ( اداة الإستفهام ) yang digunakan. Maka terjadilah insiden dimana kita tanya /; " kamu mahu kemana? " dijawab : " saya suka makan"

ketiga ; kegagalan calon menggunakan gantinama ( ضمير ) atau menukarnya dengan gantinama yang sesuai dalam perbualan . Sebagai contoh

هل تذهب الى السوق ؟
نعم ، تذهب الى السوق

keempat ; ketika menjawab soalan ini MESTI didahului dengan " muqaddimah " atau pendahuluan ayat bagi mengelakkan pemotongan markah . contoh
اين تذهب في الإجازة ؟
الي كوالا لفمور

jawapan di atas betul tapi akan dipotong markah
kerana tiada pendahuluan jawapan.
Jawapan penuh dan sebenar ialah
أذهب الى كوالا لمفور



Di atas ni contoh jawapan yang baik dan tepat dari salah seorang calon.

Langkah terbaik untuk atasi 4 masalah tadi ... sudah tentunya latih tubi yang berterusan dan perbincangan dua hala antara guru dan pelajar. oK jumpa lagi dalam sesi post mortem akan datang .

Moga cemerlang sokmo bersama

" Belajar Bahasa Arab Online - arab2u "



3 comments:

nuha said...

assalamualaikum ustaz.ana nak tanya bagaimana nak beza perkataan itu makrifah atau nakirah

ust amir said...

syukran nuha atas respon. Secara mudah tanda kata nama itu makrifah ialah ada tambahan huruf alif dan lam di pangkal kalimah dan huruf akhir hanya berbaris dhommah atau baris depan cth المعلمُ ( al muallimu ) manakala nakiran tiada huruf alif lam di pangkal dan hujungnya tanwin cth معلّمٌ (muallimun)

Anonymous said...

salam ustz saya nak tanya ada tak ustz soalan bahasa arab ..dlm format baru...saya rasa susah sebab dia format baruu...boleh tolong,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails