Thursday, July 9, 2009

Gerak Gempur PMR soalan bergambar


Assalamualaikum pada para pengunjung dan calon PMR khususnya ,

Kita teruskan perbincangan dan analisa kita dalam siri gerak gempur bahasa arab PMR ini dengan meneliti persoalan berbangkit dalam soalan bergambar. Lihat pada gambar tertera dan beberapa contoh jawapan pelajar. Apa kesilapan mereka ....


Perhatikan contoh ayat pelajar untuk gambar 1 di atas ;
يدخل اللموظّف المطار
البنت تشتري الجريدة


Ulasan ;
Dalam ayat dia atas , calon menggunakan kalimah yang salah untuk menjelaskan maksud gambar di atas. Perkataan ( المطار ) pada ayat pertama bermaksud lapangan terbang sedangkan yang dikehendaki adalah ( القطار ) iaitu keretapi . Jumlah lengkap ayat tersebut ialah ;
Pegawai lelaki itu sedang memasukan keretapi

Dalam contoh ayat kedua pula perkataan ( تشتري ) adalah membeli sedangkan maksud sebenar dari gambar yang terpapar adalah ( تبيع ) iaitu sedang menjual . Maksud sebenar jumlah ayat kedua ialah ; Budak perempuan itu sedang menjual surat khabar



Lihat pula contoh ayat pelajar pada gambar 2 di atas


هذه الصورة في غرفة الحيوانات

القرد في السغكر

ULASAN

Perkataan ( غرفة ) pada ayat pertama di atas bermakna bilik sedangkan maksud sebenar yang dikehendaki dari gambar di atas ialah ( حديقة ) ialah taman iaitu merujuk kepada taman haiwan atau zoo .

Perkataan ( السغكر ) pula berasal dari bahasa melayu sangkar yang diubah menjadi kalimah arab bagi tujuan mengelirukan pemeriksan ( kononnya lah .... ingat , pemeriksa tidak mudah tertipu ).


Perhatikan contoh kesilapan ayat pelajar dalam gambar 3 ini.

الرِّجْلُ يقرأ الكتاب

يكنس الولد مع الأمي

ULASAN

Ayat pertama untuk gambar 3 ini bermakna ; kaki sedang membaca buku.

Ayat kedua pula bermakna ; anak lelaki sedang menyapu bersama ibunya.

Penjelasan ;

Perkataan ( الرِّجْلُ ) bermaksud kaki kerana kesilapan calon membaris pada kalimah ( الرجل ) tersebut. Apa yang dikehendaki ialah ( الرَّجُل ) iaitu bermaksud seorang lelaki

Manakala ayat kedua pula berlaku kesilapan pada perkataan ( يكْنِسُ ) , sedangkan hasrat sebenar calon adalah perkataan ( يناقِشُ ) iaitu sedang berbincang. Seperkara lagi ialah perihal menyambung gantinama saya dengan perkataan ma'rifah yang mempunyai huruf Alif Lam di pangkal perkataan seperti ( الأمي ) . Sepatutnya ialah ( أمي ) tanpa Alif Lam .

Kepada semua calon PMR ... diharapkan dapat sentiasa memperbaiki kesilapan ini agar dapat mengelakkan pemotongan markah dalam jawapan kelak.

SELAMAT MAJU JAYA DAN MOGA

CEMERLANGAN BERSAMA arab2u.blogspot.com


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails