Thursday, August 27, 2009

Bahasa Arab PMR ; post mortem soalan

salam Ramadhan ..
kita teruskan perbincangan untuk bahasa arab komunikasi PMR ini dengan meneliti semula kesilapan2 calon dalam menjawab soalan bahasa arab PMR ini.

Cuba lihat dan perhatikan soalan 1 di bawah ini ;


اقرأ القطعة الآتية ثم أجب عن الأسئلة التي تليها باللغة الملايوية
في العطلة المدرسية الماضية ، قام أمين مع أسرته بالرحلة إلى جزيرة فغكور ، وكانت هذه الرحلة أول رحلة لهم إلى فغكور. ينطلق أمين من بيته في الساعة الثامنة والنصف صباحا بسيارة أبيه، ويصل إلى مَرْسَى لوموت بعد ثلاث ساعات في الطريق.

amati pula perenggan akhir petikan
وبعد أن قضوا يومين في جزيرة فغكور رجع أمين وأسرته إلى بيتهم مسرورين بهذه الرحلة الممتعة، ويتمنوا أن يأتوا إليها مرة أخرى في المستقبل.



Perhatikan kelemahan calon menjawab soalan ini.


Kelemahan ;

1. calon tidak mengetahui makna kalimah atau perkataan @ gagal menguasai perbendaharaan kata dalam bahasa arab .

cth soalan 2 ; pukul berapa bertolak dari rumah?

jawapan calon 1 ; 6 .15 pagi

jawapan calon 2 ; pukul 9 pagi

jawapan sebanar ; PUKUL 8.30 pagi

2. Jawapan tidak menepati kehendak soalan.

cth soalan 5 ; bagaimana perasaan?

Jawapan calon 1 ; Ingin pergi lagi pada masa depan

jawapan calon 4 ; Amin berasa hendak pergi lagi

Jawapan sebanar ; BERASA GEMBIRA




## harapan ustaz .. post mortem soalan bahasa arab ini dapat meningkatkan kemahiran calon dan mujam kalimah dapat membantu calon untuk mula menguasai perbendaharan kata @ tharwah lughawiyyah ...

Teruskan perjuangan ..

مَنْ جد وجَدَ و مَنْ زرع حصد

الحاجّةُ تفتّقُ الحِيلَة

مَنْ سارَ على الدّربِ وَصَل

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails