Sunday, August 9, 2009

Kejohanan Tenpin Bowling SBP Zon Tengah 2009

Alhamdulillah .. tanpa siapa sangka, akhirnya ustaz dan rakan2 guru SBPISB berjaya menyertai Kejohanan Tenpin Bowling SBP Zon Tengah 2009 yang dianjurkan oleh SMS Alam Shah pada hari sabtu lepas . Ustaz dan rakan 2 ... cikgu hishamudin, cikgu rozali dan cikgu azmi mewakili team intesaber manakala cikgu faris, pakcik hamir (mantan driver intesaber ) dan cikgu khairudin ( dijual tanpa yuran perpindahan ; he.he. ) mewakili SMS Bagan Datok (SABDA).
Sebenarnya kejohanan edisi ke 2 ini juga dijayakan khusus untuk para pelajar tpi mula dibuka kepada staf dan guru pada tahun ini. Melihat sambutan menggalakkan pada esidi ke 2 ini, tahun depan akan dibuka kepada semua bekas pelajar pulak. Gitulah menurut Pengerusi Pengelola @ Penganjur . Hai ... sengit pulak lah tahun depan.


Sebenarnya .. bowling ini baru je ustaz berjinak2 main. Nak main bola dah tak de kudrat. jadi carilah sukan yang sesuai ngan perubahan usia atau fisiologi ni. Bila cikgu faris ajak dan perkenalkan game ni tahun lepas , mula2 tu tak minat jugak sebab tak pernah join selama ni. Tapi seperti selalu ustaz cakap ... apa2 pun jika ADA KEMAHUAN , ADA SIKAP INGIN BELAJAR DAN TERUS BELAJAR banyak perkara boleh kita pelajari. Ada pelbagai kemahiran dan ilmu boleh ditimba sekeliling kita. Bila kita memiliki kepelbagaian kemahiran tu kelak .... dapatlah kita memberi sumbangan seoptima mungkin pada masyarakat sekeliling kita. Bila banyak ilmu kita curahkan , dapat pulak menyumbang kepada kebaikan ... tulah BEKALAN KITA DI ALAM SANA .

Ini adalah kejohanan sulung yang pernah ustaz sertai. Pada dasarnya lebih kepada pertarungan peribadi antara intersaber team dan SABDA . JAdi kami tak pernah fikir utk menyaingi team lain. Rupa2 nya memang betulllll . Kami bersaing sesama sendiri je. Syabas pd kekawan dlm team. time kasih pad cikgu zali yang banyak bimbing ustaz dlm game ni.


Sarapan pagi di mamak corner !! mahal confirm mahal punya ...



ni gaya idola ustaz sebelum niiii ( masa guna bola lurus) ... akan datang ustaz jadi idola dia pulak!!! ( sekarang mula beralih guna bola hoooookk)

Gaya juara edisi ke 2 kategori guru dan staff ; team SABDA . hmmmm ... sebenarnya kami team intesaber bagi ruang dan laluan pada team SABDA sebab menghormati otai2 @ tuan guru yang telah mendidik kami sebelum ni. tapi sekali ni je laa.... he.he.


Yang ni ... gaya naib juara !!!! jangan tak caya wa cakap luuu . he.he. .... Ni wajah2 bakal juara pada kejohanan akan datang.


OK lah score tu ... maklumlah baru berjinak2. Akan datang menjanjikan laluan lebih sukar kepda pesaing kami. he.he

2 comments:

jemi@ tommy jone said...

Kepada team SABDA tingkat kan keupayaan anda utk menghadapi kejohanan akan datang, ini bukan acamaman tp sekadar peringatan

Anonymous said...

terima kasih pada tommy jones ... bersama kita kurangkan sensasi, tingkatkan prestasiiiii !!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails