Friday, October 2, 2009

Macam-macam ada

Assalamualaikum pada semua pengunjung.... istimewa pada anak didik Intesaber yang sedang balik bercuti sempena program Restu Ilmu untuk calon PMR dan SPM 2009 esok sabtu 3hb Okt 2009 .

Seminggu selepas buka cuti sempena Hari Raya lalu .. aktiviti di sekolah masih rancak berjalan. Samada kelas exam SPM yang masih bergelut dengan gerak gempur examnya, lain2 aktiviti sempena hujung tahun yang tak lama kunjung tiba mahu pun semangat Aidilfitri yang masih membara.

Terdahulu .. aktiviti dimulakan dengan "baraan raya " khusus bagi warga kuaters guru intesaber. Tahniah pada penghulu baru cikgu Ismail n the gang. Best bila dapat berkunjung ke rumah2 dia orang. Walau pun memang duk depan mata, depan pintu .. sebelah menyebelah tapi ... selama ni sembanfg depan pintu je. Masing2 sibuk memanjang dengan urusan kerja tersendiri. Tak sempat nak ziarah menziarahi. Hmm .. ada peluang cam tu ... baru tahun semua rumah dah tukar cat baru. rumah ustaz je yang masih mengekalkan "keaslian seni abstrak" karya dari anak2 tu. he.ehe.

Yang ke duanya mesyuarat tahunan kelab dan sukan ... Nampaknya berakhirlah penguasaan kuasa ustaz dalam basketball club selama selama 7 tahun tu... Bermula tahun depan 2010 ... pengurusan baru akan diambil alih 2 jutawan wanita yang hebat ... he.he.
Ha.. Ni lah orangnya !! cikgu Wani dan cikgu Nurul Inayah

Tahniah pada semua ahli dan pemain yang telah bertungkus lumus membangun dan menghidupkan kelab bola keranjang Intesaber selama ini. Ariff , Harith , Emir , Anis, Shahirah, Aufa , Amira, dan lain2 lagi lah. Pengerusi baru 2010 akan dipimpin saudara Hafiz "panjang" ( nama glamor ) dibantu oleh Khir dan Mimi. Teruskan perjuangan memburu kejayaan .. bertemu tahun depan di PPM zon Tengah ya ...
Pada hari Khamis, aktiviti diteruskan dengan sambutan Aidilfitri peringkat Asrama ... hmm apa lagi bergaya sakan dia orang semua. Pagi2 gi sekolah comel semunya. Setengah cikgu nak mengajar pun tak menjadi kot sebab demam raya. hu.hu ... tapi ustaz gunakan kesempatan tu untuk mengajar bahasa arab tingkatan dua tajuk hari raya!!! ha.. baru lah real feelnya kan! Abis kelas pakat nak bergambar belaka. Tapi sempat jugak merotan anak2 yang tak siapkan kerja sekolah. Raya, raya jugak ye... kerja tatap kena bereskan. Betul tak?


Sebelah sesi tengahari Asrama buat jamuan raya untuk semua warga SBPISB dan sejurus lepas tu kami membuat kunjungan ke dorm2. Terima kasih lah atas layanan istimewa. Kami guru2 ni ... kesian kat ko orang semua je. Ntah2 tu lah stok raya yang masih berbaki kannnn . Jadi nak jamah pun control2 sikit. he.he.

Akhirnya sekali sebelah petang rumah ustaz dikunjungi anak2 yang nak beraya. Maafkan kami tak dapat nak buat rumah terbuka untuk semua . Memang tahun ni agak terhad kesempatannya. Lebih2 lagi ada baby kecik susahlah mama nak bergiat aktif menyediakan jamuan raya tu. Terima kasih pada yang berpeluang untuk bertandang terutama yang sempat pulak berposing ni haaa ( 4 Hidayah) ... dan mohon maaf kepada yang dah berkunjung tapi tak berkesempatan utk beraya sama.

Sabtu ada majlis Restu Ilmu untuk calon exam PMR dan SPM. Ramai ibubapa bakal hadir mengikut soal selidik awal. InsyaAllah jamuan sikit istimewa sebab tumbang seeokor lembu. Cikgu Iskandi dan ustaz buat aqiqah untuk anak masing2. Nantikan berita lanjut dari arab2u ....

Jumpa lagi ...

4 comments:

muhammad fakhruddin said...

rindu baraan...
sat lagi saya nak gi rumah terbuka kat sini he3x +)

Zalikha Zainuddin. said...

Assalamualaikum!! waaa~~ni la yg special kat intesaber! pagi2 da pakai baju raya. form 5 amik trial pon ngan baju raya..(wow..rekod tu!!)...btw..terima kasih ustaz letakkan gamba 4H tu...gamba tu lawaaaaa sangat! (semua org cam glowing,kuarkan aura happy)hehehe...pengalaman yg menarik dpt beraya umah pengetua (1st tym ni!!)pastu dpt gak beraya umah ustaz...maafla,menyusahkan je.lps ni kalo nak kena beraya kat smapk...banglo ustaz kat smapk heheehehe

Iqakiko said...

bestnye! rndu nak jmpe guru2 kat intersaber..:)

kiss said...

salam..ustaz..sonoknyer dpat braya ramai-ramai kat umah ustaz..xsngke ustaz masukkan gmbar 4 hidayah,,wah terharunya...harap2 ustaz xkn lpekan 4 hidayah...hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails