Monday, November 9, 2009

Amali Sembelihan dan Haji 2009

Alhamdulillah dengan izin Allah dan kerjasama semua pihak di sekolah tu, dapat sekali lagi pihak Panitia Pendidikan Islam dan BADAR SBPISB menganjurkan kursus Amali Haji Tg 5 dan Sembelihan untuk pelajar tg 4 tahun 2009 pada hari sabtu 7hb nov lalu.


Berkumpul di dewan besar sebagai persediaan simbolik memakai Ihram dan berniat di miqat. Kemudian semua jemaah bergerak ke Dataran informasi (Arafah) untuk berwukuf . Sunatnya perbanyakkan berzikir, bertalbiah dan berdoa saat-saat seumpama ini. Jangan lupa doa untu kecemerlangan SPM nanti yee...

Selesai berwukuf terus bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam dan mengutik anak batu untuk lontaran Jamrah esok paginya. Tiba di Mina pakat-pakat melontarlah semuanya dengan 7 anak batu. Selesai melontar pada hari Korban 10 Zulhijjah, semua jemaah bercukur maka boleh diteruskan dengan melaksanakan ibadah korban. ( hmm.. tu kat Tanah Suci lah , kat SBPISB ni korban burung puyyuh je lah. he.he )

Seterusnya 11,12 dan 13 zulhijah semua jemaah akan lemontar ke 3 jamrah dan bermalam di mina . Sebaik saja selesai ke 3 jamrah pada hari ke 13 hb tu berangkat semua ke Kota Mekah untuk ibadah Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan dengan yakin.


Beginilah rupa replika Kaabah nya. Lain disuruh buat , lain pulak tukang tu buat. Ha... gitulah jadinya . Walaupun tak betul dengan keadaan fizikal Kaabah sebenar tapi OK lah untuk tujuan pembelajaran. Nak roboh buat semula ... satu hal pulak. Hmm ... kena cari badget lain lah jawabnya.


Selesai tawaf semua jemaah melakukan ibadah Saei iaitu berulang alik dari bukit sofa ke marwah sebanyak 7 kali pusingan. Selesai saie ... bercukur ... selesailah HaJI 2009 .


Agaknya inilah kursus haji paling murah kot!!!! Walau apapun, syabas atas perhatian semua pihak dalam menjayakan program ini.



Sementara geng F5 buat haji, geng F4 buat semebelihan. Tahun ni pihak panitia pilih puyuh. Khabarnya 180 ekor yang dibeli ... 10 mati lemas, 20 lagi jadi BANGKAI !!! haaa ... tu lah bagusnya tang amali sembelihan ni. Tiap tahun ada je cerita yang tersendiri. Ya lah .. bukan semua berani pegang pisau nak menyembelih. Ada pejam mata, ada yang potong leher dari atas ke bawah. Ayam ataupuyuh mati ... urat tak putus. Hey... macam2 kerenah bebudak ni. Tapi pengalaman ni lah yang penting dalam hidup dia orang semua.





Beginilah cara sembelih yang betul!! nak siang atau bersihkan macam kat bawah ni pulak. Dengan leher2 sekali putus he.he.





Tapi paling syoknya memang bab akhir ni. bab goreng menggoreng. Best .... bau rempah RFC pun dah membuka selera. Sempat juga guru dan ustaz ustazah merasa masakan dia orang tu.boleh tahan lah. boleh buat menantu ....


Apa pun ... tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan aktiviti kali ini. Tahun depan kita cuba2 sembelih kambing pulak. Lagi best kan. Lepas tu kita panggang BBQ. Jangan sampai tak boleh makan sudahlah ....

Ustaz .. unta , kambing belum ada peluang menyembelihnya lagi. Ada peluang nak cuba juga.
Ok jumpa lagi .... dengan berita baru lain kali

1 comment:

Jamal Rafaie said...

Salam..

Bila baca posting ust, teringat saya kat sekolah dulu. Time amali haji saya dulu(2006),rasanya itulah 1st time amali haji dan penyembelihan dibuat kat sbpisb.

Program ini sangat bagus, dapat memberi pendedahan meluas kepada para pelajar. Saya sendiri dapat belajar sembelih ayam ketika itu.

Jadi.. Tahniah dan syabas kepada ustaz dan intersaberians di atas kejayaan melaksanakan program ini..

Wasalam..

*Teringat jugak buat amali nikah dengan ust ahmadi abas kat dalam kelas dulu.. Hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails