Saturday, November 14, 2009

JAMUAN SANA SINI

Jamuan Kepimpinan Pelajar 2008/2009 . Terima kasih atas undangan.

terima kasih atas segala sumbang bakti kalian pada sekolah tercinta ini.moga keikhlasan kalian beramal dan bertugas diangkat menjadi amalan soleh buat bekalan akhirat kelak.

ni happy nak ambik gambar ke , nak jamuan ?

sedikit tanda ingatan dari pentadbiran atas besarnya pengorbanan kalian semua.


Seterusnya jamuan F3 2009 di pantai BNO . Terima kasih juga pada cikgu sally atas undangan tu. tak lupa pada anak2 f3 semua. Teruskan doa moga allah mengurniakan kejayaan dalam segala usaha yang kita lakukan . Walau apa ingatlah .. doa yang mustajam itu pastinya menuntut usaha gigih dalam menjaga segala syariat Allah kerana doa orang sentiasa dalam kebaikan dan ketaatan pastinya tidak sama dengan mereka yang sentiasa dalam berbuat dosa dan kemurkaaan Allah .

Doa itu senjata kita orang mukmin. Pergunakan sebaiknya untuk kebaikan semua. Teruskan doa ...

hmmm.. menu memang best sangat!!!!!!! trima kasih .. daun keladi ada jamuan, jemput lagi .. tengoklah tuuuu ..


Ada lagi jamuan sebelum tu !! jamuan kejayaan merangkul dorm terbaik 2009. dimana? Sg Besar je lah tapi ... kira ok ...ni lah antara tempat paling eksklusif di bumi sabar bernam kan.

hmm .. tengok aje lah wajah dia orang ni. ceria bukan main!!

tahniah pada semua ya ... kekalkan tahun depan ya.

Sebenarnya ada banyak dan macam2 jamuan sepanjang menghabiskan sesi penggal persekolahan 2009 ni. maklumlah lepas exam kan lama juga senggang masa tu. cuma tak dapatlah nak muatkan semuanya. Tapi untuk jamuan kelab staf ( kelsof ) di De Palma Kuala Selangor akan ada liputan khas kelak . sabar ye ..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails