Thursday, December 10, 2009

Hari Terakhir Persekolahan 2009

Assalamualaikum,
Dah lama ustaz nak upload berita ni tapi tak berkesempatan. Pada semua anak didik intesaber yang sedang bercuti harap dapat memanfaatkan masa cuti dengan baik.

Sebelum cuti sempatlah team basket dan ragbi menerima kunjungan rakan sepermainan dari KUSESS . Ok alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pada team basket intesaber .. harap game tu dijadikan kayu ukur untuk membentuk team yang mantap tahun depan. Walaupun ramai senior dah keluar.. sama2 kita mulakan semula. Untuk team KUSESS , tahniah kerana dapat bermain dengan baik.




Saudara Hafiz selaku ketua pasukan intesaber 2010 memberi cenderahati kepada pasukan kusess .


terima kasih pada anak2 gadis basket ni kerana turut membantu menjayakan game petang tu.



Suasana balik kampung memang amat bermakna pada ustaz. Selama jadi student ... inilah saat paling ustaz nantikan. Seronoknya bukan main. MAsa sibuk2 ni je bestnya. Biasanya mengemas sampai tengah malam. Dah tutup lampu pun masih mengemas lagi. he.he. tu lah nostalgia duk asarama . Dah sampai rumah ... alamak , rindu nak balik asrama semula . 2 hari duk rumah dah puas bukan kepalang . Sebabnya ???? kawan tak de ...




Sedihnya .... cuma bila tengok kekawan yang naik kereta lah. Apa idaknya, selama duk asrama ustaz balik jalan kaki je naik bas. Tak de sapa pun jemput menjemput. Balik akhir F5 pun sendiri je. haaa tu sedihnya bab duk asrama ni. Sampai ada kawan ejek .. alahai mir, Jangan mimpilah orang tua ko, adik beradik ko nak jemput!!!!! hmmm ... sayu gak bila kena kutuk cam tu. Tapi tu lah hakikat ustaz kena terima dan itu jugaklah yang banyak mengajar ustaz erti hidup berdikari dan usaha sendiri demi masa depan sendiri .

Tengoklah ... cerianya dia orang tu semua.




Terima kasih kerana meninggalkan asrama dalam keadaan yang baik. Terima kasih atas kerjasama semua anak2 . Banyak benda nak share citer masa cuti ni tapi, insyaallah kemudian ye.

Hari ni masuk pejabat baru .... he.he. mula mengemas sikit2 lah.

1 comment:

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum Ustaz,
pertamanya mengucapkan jazakallah atas kunjungan ustaz ke blog C.I.A(nama memang boleh buat orang saspens,he3x) kami yang tak sebarapa tu.

Oh,rindu pula suasana dlm gambar tu.La ni takde balik berbaju batik lagi.Pandai-pandailah angkut beg berat2 tu sampai Pudu.

Bila ustaz nak online...saya dah rindu ni =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails