Tuesday, December 22, 2009

Keputusan Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan Satu SBP 2010

Semakan Keputusan Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan Satu SBP (Sekolah Berasrama Penuh) Tahun 2010


Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh (SBP) tahun depan akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember 2009.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata semakan mengenai keputusan itu boleh dibuat melalui laman web kementerian iaitu www.moe.gov.my.

“Murid Tingkatan Satu SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 53 buah SBP yang ditawarkan pada 11 Januari 2010,” katanya.

(Sumber : Bernama)


Keputusan Kemasukan Pelajar Tingkatan Satu 2010 ke MRSM Ulul Albab Gemencheh Negeri Sembilan


Dari taklimat yang diberikan, keputusan pemilihan akan diketahui selewatnya hujung Dec ini kerana pendaftaran kemasukan ke MRSM akan dijalankan pada 18 Januari 2010.


catatan :

Seramai lebih kurang 46,000 layak untuk memasuki SBP bagi sesi 2010 . Demikian juga halnya dengan kemasukan ke MRSM tu. Cuma segelintir kecil sahaja yang bertuah akan berjaya memasukinya. Bersyukurlah atas segala kurniaan Allah sekiranya terpilih kelak.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails