Wednesday, December 23, 2009

KEPUTUSAN KEMASUKAN TINGKATAN SATU SBP 2010


KEPADA SEMUA PENGUNJUNG YANG MEMPUNYAI ADIK BERADIK ATAU ANAK ATAU SESIAPA SAHAJA YANG MEMOHON MEMASUKI SBP UNTUK SESI 2010 BOLEH MELAYARI LAMAN WEB KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA HARI INI DI ;



klik pada semakan tawaran ke tingkatan satu .



Kepada calon yang BERJAYA ...
1. Bersyukur dengan kurniaan Allah . Seramai 95286 permohonan diterima , kamu adalah 1 dari 46000 calon yang layak untuk ke SBP . Hanya 6600 pelajar akan ditempatkan pada sesi 2010 akan datang .
2. Berikan komitmen terbaik demi agama bangsa dan negara
3. Ini peluang untuk berbakti dan membalas pengorbanan kedua ibubapa yang membesar dan mendidik kita.
4. Ini kesempatan untuk membuat perubahan dan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Di asrama semuanya baru dari suasana di rumah ... berdikarilah atas kaki sendiri .



Kepada yang TIDAK BERJAYA ..
1. Ingat lah semua ini KETENTUAN ALLAH jua. Apa yang pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap diri kita. Bersangka baik dengan ketetapanNya. Mungkin ada yang lebih baik hendak dikurniakan kepada kita.
2. Tidak BERJAYA ke SBP atau MRSM atau mana2 sekolah pilihan kita itu .... tidak bermakna hidup telah berkahir. Ramai orang terdahulu yang berjaya juga bermula hanya dengan sedikit keperitan seperti kamu. Segala kita berani berusaha dan gigih berusaha ... dimana saja pun kamu ditempatkan kejayaan pasti bisa diraih kelak.
3. Hati dan jiwa perlu positif dan yakin dengan Allah ....


Moga kita semua terus dirahmati dan diampuni Ilahi ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails