Saturday, February 13, 2010

SBPI Sabak Bernam meneruskan usaha

Pencapaian BAK PMR telah menjadi sejarah seluruh warga SBPI Sabak Bernam khusus para tenaga pengajar ustaz dan ustazah . Sejarah tetap sejarah tetap tidak akan merubah masa hadapan. Sejarah untuk diiktibari bukan untuk dikenangi semata.


Calon PMR 2010 menjawab soalan2 kuiz tharwah lughawiyyah ( perbendaharaan kata ) yang dibekalkan dan dilaksanakan saban minggu .


Yang penting sekarang ... perancangan. usaha berterusan dan komitmen semua pihak dari pentadbir, para guru hingga kepada para calon yang bakal menduduki peperiksaan tahun 2010 ini. Untuk unit Korikulum dibawah kepimpinan Tuan Haji Ustaz Ahmadi Abas serta seluruh warga kerjanya tahniah dengan segala usaha dan perubahan yang dibuat. Buat rakan seperjuangan yang meneruskan pengajran Barab PMR terutama mama dan ustazah Mariah syabas kerana komitmen dan iltizam yang dipamerkan.

Latihan yang mantap dan pemantauan berterusan insyaAllah mampu membuahkan hasil yang lebih baik dari tahun 2009 lalu. Meskipun tidak lagi bersama dalam group PMR insyaAllah masih banyak ruang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Apa yang penting kreativiti para guru untuk mengekalkan minat dan prestasi calon sentiasa kekalkan kerana ia antara aset utama dalam mencapai kejayaan . Selebihnya TAWAKKAL pada Allah atas segala ketentuannya





hmm ... jangan serius sangat bang Iqbal oii !! kang stress pulak ....


Selamat maju jaya buat semua calon PMR dan SPM 2010 ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails