Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM iNTESABER 2010


Syukurku padaMu ya Allah atas segala kurniaMu untuk hamba yang kerdil ini. Dengan kehendakMu jua segala yang diimpikan berhasil digapai. Syabas dan tahniah buat anak didik intesaber atas kejayaan dalam SPM lalu. Tahniah juga khusus untuk calon BAT kerana mampu meningkatkan pencapaian ke tahap yang terbaik ..

44 orang calon BAT mendapat A (77%) manakala 13 orang mendapat B ( 23% ) dari 57 orang calon dalam SPM2009 lalu. Pecahan lengkap ; A+ ( 9 ) , A ( 15 ) , A- (20 ) , B+ (11) dan baki B (2). Seramai 36 orang calon dari 133 mendapat A dalam semua subjek.


Bahasa Melayu 100% A , begitu juga dengan Pendidikan Islam . PQS 98%A, Math 97% A , Sejarah 92%A, Lukisan Kejuruteraan 90.8% A, PSI 84%A, Bahasa Inggeris 75.8% A . Jadi apa yang menggembirakan ustaz , Bahasa arab mampu mengatasi pencapaian Bahasa Inggeris ..... Apa pun tahniah buat semua . Maklumat lengkap insyaAllah akan dimaklumkan kemudian setelah analisa lengkap dibentangkan oleh SU peperiksaaan SPM . Terkini .. alhamdulillah SBPISB menduduki tangga ke 6 dari 256 sekolah menengah di seluruh selangor








laporan media

54 calon SPM cemerlang

SHAH ALAM – Seramai 54 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di negeri ini memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS), Sulaiman Wak berkata, calon Cemerlang Tertinggi berkenaan antara 1,894 calon yang memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A atau A- semua subjek.

Menurutnya, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2009 bertambah baik apabila seramai 57,117 calon (90.11 peratus) berjaya mendapat sijil SPM berbanding 52,656 (89.54 peratus) pada 2008 iaitu meningkat sebanyak 0.57 peratus.

“Gred Purata Negeri dalam peperiksaan SPM bagi Selangor ialah 5.07 berbanding 2008 (5.29), bermakna kuantiti pencapaian calon mendapat keputusan terbilang, cemerlang dan kepujian dalam mata pelajaran yang diambil bertambah.

“Selain itu dengan pengenalan sistem penggredan baru SPM telah dapat memperincikan lagi kecemerlangan calon apabila diperkenalkan gred yang lebih tinggi daripada gred 1A iaitu gred A+ (Cemerlang Tertinggi),” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2009 di jabatan berkenaan, semalam.

Beliau berkata, bilangan calon cemerlang mengikut mata pelajaran diduduki ialah seorang calon memperoleh tujuh A kombinasi A+, A atau A-, tiga calon mendapat lapan A kombinasi, 14 calon mendapat sembilan A+, 21 calon mendapat 10 A+ dan seorang mendapat 15 A+ serta ramai lagi memperoleh kombinasi A.

“Seramai 14,536 pelajar berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C (A+ hingga C) bagi semua mata pelajaran yang diduduki dalam SPM 2009, berbanding 12,391 tahun sebelumnya.

“Selain itu, seramai 677 calon gagal (gred G) dalam semua mata pelajaran yang mereka duduki berbanding 623 pada 2008,’ katanya.

Menurutnya, pencapaian sekolah di negeri ini berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengikut kategori pula antaranya 10 sekolah dikategorikan cemerlang (gred 0.00 – 2.25), 49 sekolah berada di kategori baik (gred 2.26 hingga 4.50), 189 sekolah mendapat tahap memuaskan (gred 4.51 hingga 6.75) dan tujuh sekolah dikategorikan sekolah berpotensi (gred 6.76 hingga 9.00).

“Sebanyak 10 sekolah cemerlang di Selangor yang mencapai GPS 0.00 hingga 2.25 adalah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (1.14), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak (1.25), SBP Integrasi Rawang (1.32), Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (1.49), Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (1.55) dan SBP Integrasi Sabak Bernam (1.57).


“Selain itu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (1.84), Sekolah Agama Menengah Bestari, Subang Jaya (1.85), Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang (2.05) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya (2.25),” katanya.






Diharap pencapaian 2009 dapat membakar semangat calon SPM 2010 untuk terus gigih memburu kejayaan cemerlang kelak. Dengar khabar SM Sains Seremban mendahului senarai terbaik dalam SBP. Apa kurangnya kita di Intesaber ? Jika ada kemahuan membara semua pihak tiada apa yang mustahil untuk digapai dengan izin Allah.

6 comments:

hilma said...

tahniah..

Izzati said...

Ustaz, SMS Seremban dikira sekolah terbaik seluruh malaysia utk pencapaian SPM 2009.. =]
moga SPM 2010 lebih cemerlang..insya'Allah..

ust amir said...

antara yang terbaik, mungkin ada lagi yang lebih baik sebab belum keluar yang rasmi ...

Engku Afnan said...

tahniah to intersaber!!

Jamal Rafaie said...

Wahh.. Dah makin meningkat pencapaian ye.. Tahniah!

Tahniah juga untuk Arab2u ustaz.. Arab4us!!

uks :) said...

wuhuuu~~
jazakumullahukhairan kathira utk semua ckgu2 intersaber yg da m'ajar kami!! :D
kpd shbt2 seperjuangan; tahniah! we got what we deserved :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails