Tuesday, April 6, 2010

anak oh anakku


Alhamdulillah setahun sudah usia sumayyah ... hanya rasa kesyukuran atas segala kurnia Ilahi . Kesibukan hidup sebagai guru menyebabkan begitu pantas rsanya masa berlalu. Sedar tak sedar anak-anak dah besar . Terfikir juga ... macamana aku didik anak2 ni? Betul ke apa yang selama ini dah aku buat? " Ya Allah .. apa2 jua kelemahan aku dalam mendidik anak2 ini ampunilah ya Allah !!! "


Anak kurniaan allah ini adalah amanah. Setiap amanah pasti akan dipertanggungjawabkan. Melihat anak membesar sudah pasti mengingatkan ustaz akan diri sendiri . Masih ingat zaman ustaz kecik2 dulu. Foto terawal pernah ustaz simpan adalah diusia 6 tahun. ntah dimana sekarang ...



Ustaz dibesarkan dalam keluarga seramai 10 beradik. Ustaz anak bongsu dan kembar. Kembar lelaki .. bayangkan lah bagaimana nakal kami waktu kecik2 dulu. Orang kampung dulu2 .. mudah dalam membesarkan anak. Asalkan cukup makan minum pakaian ada kira ok lah tuu. Soal pelajaran belakang kira .. nasib sapa pandai boleh terus belajar sapa tak pandai tolong family kat kebun la jawabnya. Ustaz kira bertuah sebab berpeluang melanjutkan pelajaran di asrama. Dulu sapa masuk asrama memang dilihat hebat kerana tak ramai boleh masuk. Hari ini ??? Ramai masuk asrama nak keluar dan balik rumah .... sebab apa yang ada dirumah jauh lebih baik dari apa yang ada di asrama. Cuma ustaz masih berpegang pada prinsip bahawa asrama tempat untuk kita atau anak2 kita berdikari ... ada kesempatan berilah peluang dan sokongan untuk mereka merasai hidup di asrama.

Anak hari ini ... lebih beruntung kerana kesedaran ibubapa terhadap pelajarn tinggi. Berebut2 ibubapa merayu nak masukkan anak ke SBP, MRSM ataupun pusat tahfiz . Mengapa??? semua tu kerana kesedaran akan pentingnya ilmu dan pendidikan terbaik untuk anak. Soalnya berapa ramai pulak ibubapa benar2 memahami dan mengenali potensi anak sendiri? Dalam dunia yang kian mencabar hari ini ... adakah asrama atau sekolah dilihat sebagai tempat untuk mendidik atau melepaskan tanggungjawab mendidik? Hidup di asrama sememangnya tidak semudah yang kita bayangkan. Di sana anak kita boleh berubah jadi wali, di sana juga mereka boleh menjadi "setan" . Input nilai dan akhlak mesti diterapkan dan dijadikan budaya hidup anak2 sebagai bekal utk mereka mengharungi kehidupan di asrama. Tidak mudah sebenarnya tapi mesti diusahakan oleh setiap ibubapa.

Seperkara lagi ibubapa hari ini semestinya dan sewajarnya benar2 perlu mengenali potensi, bakat, nilai dan diri anak2 mereka. Siapa yang tak bangga anak masuk SBP atau MRSM atau Tahfiz? Tpi adakah si anak benar2 berupaya mengharungi kehidupan di sana? Berapa ramai pelajar di SBP atau MRSM keluar setiap tahun? Boring, tak tahan, tention, penat sangat, rindu yang teramat, takut dan pelbagai seribu satu alasan ustaz dengar sejak dari mula duk di asrama sebagai pelajar dulu hingga hari ini mengurus sendiri mereka di asrama tu. Brapa ramai ibubapa mendengar rintihan si anak? Berapa ramai pula si anak yang menghargai pengorbanan si ibu dan bapa? Sememangnya hidup ini satu perjuangan !!! hanya mereka yang berani mengharungi cabaran hidup mampu bertahan di asrama .

Setiap saat melihat anak2 di asrama atau di kelas sudah pasti mengingatkan ustaz pada anak sendiri. Rasa beratnya beban untuk menjaga 533 orang pelajar di asrama tu samalah seperti beratnya mendidik anak sendiri .



Anak sulong rasa dah besar , anak ke 2 dan ke 3 saling bersaing sesama sendiri . anak ke 4 timbul cemburu dengan abang dan kakak. Alhamdulillah si cilik cuma tahu ketawa dan senyum je. Tapi semua benda2 tu mesti diurus dengan baik dan seadilnya. Kalau tidak bahana dan becana jawabnya. Dendam kesumat, benci dan irihati pasti bersarang dalam jiwa dan hati anak2. Memang kita tak sedar tapi mereka tak lupa apa mereka rasa waktu kecik tu .... Setiap perkara walaupun kita nampak kecil perlu diberi penjelasan sentiasa supaya mereka faham dan tahu. Mengapa dan untuk apa sesuatu tindakan kita lakukan. Jadi tak mudah sebenarnya tugas mendidik ni...

Macam tu jugalah kalau di asrama ... F5 dah besar rasa nak jadi tuan di asrama , f4 berusaha untuk merebut tahta , f3 mula nak jadi besar juga , f2 proses peralihan dan f1 pulak baru nak mencba dan mencari penyesuaian. Rasa tak ada kawan .. rasa semua benda susah nak buat dan macam2 rasa lagi. Semua tu sentiasa bergolak sesama sendiri dan sudah pasti konflik dimana2 wujud. Belum lagi melayan kerenah mereka, kesulitan mereka, masalah mereka ... 533 orang pelajar putera dan puteri tak mungkin dapat ustaz rakamkan segala keluh mereka di sini .
" ustaz kunci hilang, locker tak leh buka, macamnana?
" ustaz baju saya jemur semalam hilang la di ambik orang "
"ustaz saya pening kepala , boleh tak balik rumah??"
" Saya tak suka kat sini, semua kawan tak layan saya"
"ustaz cuti ni saya tak nak balik rumah, boleh tak duk kat asrama? atau pegi rumah kawan "
" ustaz mak ayah saya selalu bergaduh .. saya tak tahan dah ni "
"ustaz saya takut, saya nampak hantu ! "
" ustaz saya penat, tak boleh fokus...tiap minggu penuh aktiviti, belum lagi kerja rumah yang banyak tu, setengah subjek susah saya nak faham2, lepas tu nak fikir exam lagi , balik rumah mak ayah buat hal lain pulak !!! tention la ustaz "


belum lagi anak sendiri di rumah ...

" abah , adik ni.... asyik nak semua barang kita!! "
" ummi abah nak pedang , kita nak jugak "
" hei .. benci abang!! bagi dia kat orang India, biar dia duk sorang2! "
" abah rotan dia orang, letak kat luar !!
" asyik kita je kena angkat jemur baju, dia ornag tu main je!! "

belum pulak lagi anak mertua!!

" bang ... tak larat, abang buat sendiri ya ... "


hmm... he.he Apa yang perlu sebagai ibubapa di sini adalah berusaha memahami kehendak stiap satu mereka yang berbeza2. Jadi buat ibubapa di rumah perlu faham dgn bebanan guru atau warden di asrama ... kita nak urus 5 pun sakit kepala inikan pulak 500 orang! Apa2 bawa berbincang dan dapatkan penjelasan sebelum membuat apa jua tindakan berkaitan anak2 kita di asrama. Guru2 di sekolah dan warden di asrama yang banyak masa bersama anak2 kita bila waktu persekolahan ni. ada kalanya memang memeningkan kepala. darah memang boleh naik mendadak kalau tiada kemahiran mengurus stress . Pengalaman melaksanakan tugas sebagai guru bimbingan dulu2 tu memang banyak membantu .. apa pun ustaz tetap seronok dengan tugas ni

Meskipun diakui hari ini kerjaya guru makin mencabar dan menyeksakan.... ustaz henya melihat semua itu peluang untuk mencari kerahmatan dan keredhaan allah di akhirat. Bukan ke tugas mendidik mewarisi tugas para nabi? Nabi pun pernah bersabda " Orang yang paling baik antara kamu adalah mereka yang paling baik terhadap ahli keluarganya" . Sapa lagi keluarga atau ibubapa buat anak2 di asrama kalau bukan kita para guru dan warden? Jadi bila berpeluang mengurus pelajar2 di asrama .... di situlah kesempatan terbaik untuk meneruskan tugas dakwah ni.

Alhamdulillah dalam melaksanakan tugas ni, ada insan tersayang disisi yang amat memahami akan tanggungjawab ustaz hari ini. Sapa lagi??? sudah tentunya isteri tersayang. Dia lah teman dialah sahabat sejati ... Memikirkan 5 orang anak sendiri dan 533 orang nak yang lain di asrama tidak mudah pada diri ustaz . Pernah terfikir nak ambik semula pembantu rumah supaya dapat mengurus rumah tu tapi bila mengenangkan pengaruh "bibik" pada peribadi anak2 tu ... kami rela korban kesenangan diri. Ya lah ... dah 7 orang bibik pengalaman kami selama ini. Dah hampir masak dengan kerenah mereka.



Bila dah ada bibik percayalah .. mahu tak mahu pasti kita selesa dan ambil mudah banyak perkara penting yang sepatutnya kita urus. Membesar anak mudah je tapi mendidik mereka tu payahnya. Berapa ramai ibubapa cebukkan anak berak , buatkan susu tentgah malam, salinkan lampin anak, mandi mereka ... bila ada bibik? Wal hal itulah antara aktiviti penting mengeratkan kasih sayang anak pada kita ibubapa ni. Kalau semua diurus mereka ... dimana kita di hati anak2? Jadi bila fikirrrrrr ... biarlah penat sekarang asalkan puas hati membesar dan mendidik mereka dengan tangan sendiri. Kata orang belajar dari pengalaman ... cuma sesekali masih terdeti dalam hati .. seronok jugak kalau ada bibik .. bolehlah berehat ...



Apa pun ustaz doakan moga kita semua sentiasa dirahmati allah dalam apa jua keja yang kita lakukan. Bagi kami sekeluarga ... sumayyah ni lah tempat kami melepaskan penat lelah setelah seharian bekerja. Melihat dia tersenyum dann kini dah mula bertatih pasti menjadi hiburan kami sekeluarga ...

Kepada smua anak2 ... jadilah anak soleh yang bakal menjadi penawar ibubapa di alam barzakh sana. Didiklah diri dan hiasilah peribadi dengan nilai kerohanian dan keagamaan kerana ia mampu manjadi perisai , berbaktilah pada ibu dan bapa sementara masih berpeluang untuk melakukannya. Seburuk mana ibu atau bapa kita, sejelek mana perlakuan mereka .. hanya itulah satu2 nya manusia yang bernama ibu atau bapa kepada kita. Tiada dua .. tiada tiga.

2 comments:

anak mentua said...

terima kasih kerana sangat memahami...maaf dipinta di atas segala kelemahan,semoga keluarga kita berada dalam mawaddah wa rahmah,amin

Nur Madihah Hassan Borhan said...

anak mentua ni mcm kenal je??semoga kekal bahagia hingga ke syurga..ameen~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails