Wednesday, June 9, 2010

Berfikir positif dan bertindak

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat kita meneruskan kehidupan kita hari ini. Moga semua usaha kita mendapat rahmat dari Ilahi.

Sepanjang cuti sekolah ini pastinya banyak perkara boleh dilaksanakan jika diurus dengan baik. Apa yang perlu kita berfikir, merancang dan bertindak bagi membuahkan hasil yang diharapkan. Bagi warga pendidik sudah pastinya cuti dipenuhi tugasan khususnya yang berkaitan dengan peperiksaan. Ni lah masa nak menanda kertas2 periksa pun.

Demikian juga dengan pelajar ... sudah pastinya lambakan tugasan menanti sepanjang cuti. Banyak kerja memang semestinya banyak tapi jangan lupa .... banyak lagi masa yang kita bazirkan tanpa urusan yang berfaedah. Contoh paling mudah berapa banyak masa kita depan tv
dan game atau internet berbanding dengan masa yang kita peruntukan untuk menyiapkan tugasan. hmmmm ... tu sendiri kena jawab.

Alhamdulillah cuti ni adalah masa paling sesuai untuk ustaz buat sedikit perubahan di asrama tu. Dah lama fikir tapi masa tak mengizinkan. Pada ustaz yang lebih penting adalah BERTINDAK hasil dari pemikiran dan perancangan kita tu. Kalu asyik fikir rancang, fikir rancang sampai bila pun tak nampak hasilnya.





kepuasan di hati tetap terasa setiap kali selesai laksanakan tugas dengan jayanya dan membuah hasil seperti yang diharapkan


Cuba lihat dan fikirkan sesuatu dari foto di atas. Apa kata semua pelajar khususnya calon peperiksaan PMR dan SPM 2010 ini, fikir dan rancang strategi untuk memastikan kelak kalian dapat semua A kemudian terus laksanakan tanpa perlu tunggu ESOKLAH atau NANTILAH ....

Apa agaknya perasaan kalian kelak ya ? Fikir2kan lah

1 comment:

azimah-Butik Nur Kasih said...

wahhh asrama dah cantik. ptg ni blh bwk anak2 pi tgk...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails