Thursday, July 22, 2010

cuti TAPI

Assalamualaikum buat semua dan salam sejahtera hendaknya. Segala puji untuk Allah Tuhan sekelian alam selawat dan salam atas junjungan nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta pengikut yang mengikuti jejak langkahnya.

Hari ni 22 Julai hari khamis. Rasanya dah sampai kemuncuk tenaga ustaz yang ada. Akhirnya terpaksa akur dengan sedikit kudrat kurniaa Allah. Sebenarnya ustaz bercuti ... cuti sakit (MC) sehari. Malam tadi nak tumbang rasanya sebab terlalu penat. Sepanjang bulan ni kami guru2 agama di Intesaber ni memang tak bercuti kerana kebetulan program dan aktivti sekolah yang padat. Guru lain pun semua sama penatnya cuma bezanya bila kami anjur aktiviti khususnya yang melibatkan kerohanian dan b.arab ... ada ruanglah guru lain berehat sikit .

Minggu lepas kem bahasa arab untuk calon PMR, semalam kami dinilai untuk SBT 2010 . Esok mula pulak penghayatan Islam melibatkan AMALI HAJI dan SEMBELIHAN . Sebelum dari ni ada hari keluarga Kelab Guru dan Staff dan macam2 lagi lah aktiviti sekolah ni. Bila penilaian dan pemantauan nak dijalankan .. boleh bayangkan sendirilah bagaimana persediaan kami semua. Yang dah lalui pastinya mereka faham. 3 atau 4 hari memang tak senang duduk. Akhirnya syukur ... selesai jugak semalam penilaian SBT tu dilaksanakan. Lega rasanya. Jazakumullah khairan kathirah buat SEMUA RAKAN GURU Intesaber yang bertungkus lumus menyediakan keperluan sistem fail untuk penilaian SBT tu . Hanya Allah selayaknya mampu membalas dan memberi ganjaran untuk rakan2 guru semua.

Kem barab PMR di kuala selangor tu selama 3 hari. Semua guna tenaga dalaman sahaja tanpa ada orang luar. All out 3 hari tu dengan bebudak. Soal penat jangan cerita dari pagi sampai pagi ler . Modul memang ustaz dah buat awal cuma pendekatan dalam kem semestinya berbeza dengan bengkel pendek yang kita jalankan selalu tu.

Balik dari kem sehari ustaz dah ada jadual utk bengkel b.arab dengan phak JPN Selangor di SBPI Gombak petang selasa tu. Nak tolak saat akhir kesian dia orang nak cari ganti. tentunya menyusahkan. Malam tu dah tak tidur mana sebab nak siapkan dokumen untuk penialain SBT.

Jam 12 bergerak ke Gombak petang jam 6.00 bertolak semula ke SBPISB. Malam terus siapkan sistem fail . pulun lagi sampai tak boleh tidur malam. Rabu pagi pihak Nazir sampai seperti dijanjikan. Sehari pulak dengan dia orang semua. Dengan tak rehat mana, malam pulak tak tidur lena apa lagi ... petang semalam dah mula nak pitam.

Malam tadi kebetulan ada jamuan akhir sistem rumah iaitu rumah Helium ( merah) .... sorry bebanyak sebab tak dapat nak turun sama. Sebaik hantar anak ke latihan Tae kwando terus ke klinik Sg besar. Masuk jumpa doktor .. terus dia kata penat ustaz nampaknya! tak rehat ke? Pendek citer dia terus nasihat ustaz cuti dan beri vitamin . fuhh ... lega rasanya bila dapat ruang nak berehat. sehari pun jadilah .

kebun ku



Tapi namanya pun ustaz amir. ustaz memang jenis orang tak boleh duk saja. Lepas tidur awal malam tadi, sambung pulak lepas siapkan anak isteri ke sekolah sambung tidur sampai 10.30 pagi tadi ... rasanya dah cukup untuk rehat ustaz. Alhamdulillah badan pun ok skit. Kepala tak pusing lari. Apa lagi ... terus ke belakang rumah berkebun kejap untuk keluarkan peluh. Nak harapkan bersenam macam tak sempat mana ..

Lama tak sempat nak bersih rumput rampai keliling pokok tanaman tu dapatlah pagi ni bersihkan semuanya. Apa yang best bila berbudi pada tanah insyaAllah kita dapat raih hasilnya. Haa.. pokok kedondong yang ustaz taman dah keluar putiknya. banyak pulak tu. Dalam sebulan dua ni dapatlah rasa buahnya kot. Hmmm ... jus buah kedondong dgn asam boy !!! Fuh mesti terangkat punya. Pokok betik pun dah mula berbuah . hmm itu yang best nya ada ruang untuk bertanam ni. pokok blueberry yang ditaman pun dah segar megar . best22222 ...




Lepas berpeluh dan segar rasa badan ni boleh la rehatlah sekejap. Haa .. jangan lupa dalam rumah banyak benda kena urus. Apa lagi ... menyapu rumah lah yang dah lama tak berapa disapu tu. Almaklumlah dua2 bekerja. SBP pulak tu. Kenalah saling faham memahami dan bantu membantu. Sama2 sibuk kan. Sibuk2 kita orang laki ... malam boleh mendengkur lagi kalau jenis mendengkur kan tapi orang pompuan malam kena menyusu kalau ada baby macam kami ni. Jadi sebagai suami sendiri kenalah tahulah. Lagi pun kerja2 ni dah biasa buat sejak duk asrama lagi kan!!!! tak kekok manapun. Siap menyapu terus mop lantai . Mcam2 anasir keluar. Ya lah anak2 kecik semua. Susu lah, milo la, cokelat la ntah apa2 lagi semua duk kat lantai. Tu tak masuk yang conteng kat dinding lagi. Tak kan smeua nak suruh isteri buat kan.

Sambil 2 tu basuh baju anak isteri yang tersadai atas lantai. Alhamduliullah termakan pujuk isteri supaya beli mesin pengering baju. Bila sendiri kena urus rumah baru tahu susah senangnya. Kan "bereh" bila ada pengering dalam rumah. siap basuh terus je masukan dalam pengering. Masak nasi belum selesai, baju dah kering. cuma tengah tunggu ada tak pengering yang siap ada penggosok . he.he... kalau ada orang jual boleh msm kat ustaz. nak juga trade ini mesin ni.


Bila semua berjalan lancar tu yang sempat menulis blog ni. Apapun yang penting tanggungjawab yang terpikul kita dapat kita laksanakan sebaik mungkin. Samada sebagai ketua rumahtangga, sebagai anak, isteri, murid atau guru di sekolah atau apa sahaja. Soal ganjaran pasti akan tersedia disisi Allah meskipun ganjaran dunia yang kita akan perolehi hasil tanggungjawab yang kita laksanakan amat sedikit kita rasakan. Adil atau tidak itu semua urusan dan ketentuan Allah kerana dia sebaik2 perancang atau pelaksana .

Ok la hingga jumpa lagi. Post untuk mukhayyam tak dapat nak dimuat turun kerana kamera tercicir waktu bengkel di gombak. InsyaAllah bila dah dapat semua ... bolehlah post tu ustaz keluarkan nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails