Monday, August 16, 2010

Sumayyah oh sumayyah


Alhamdulilah akhirnya ramadhan menjelma jua. Bulan Rahmat bulan penuh Barakah. empat lima hari berposa ni kami sediakan juadah simple je. Cuma kalau teringin nak makan yang lain sikit, keluarlah beli di bazar ramadhan Parit Baharu atau Sungai Besar.


Bab kuih muih serah pada umi dia orang ni lah yang lebih mahir. Antara kuih kegemaran anak2 adalah cara berlauk. Tak da lauk asal cara pun ok . Nak cepat kami belikan je keropok lekor segera yang dah sedia frozen. Rasa nak kuih... goreng je dari peti tu


Macam selalu, kemahiran ustaz goreng menggoreng ni la. Jadi nak lepaskan perasaan anak2 ustaz sempat jugak gorengkan mee baru ni. Apa pun melayan kerenah anak dalam bulan ramadhan ni lebih menjadi keutamaan kami dari mikirkan pasal lauk pauk tu. Terutama si baby Sumayyah yang makin " mengganas" dan mencabar kesabaran kami. Asal boleh capai semua di settle kannya . Alhamdulliah ummi nya seorang yang penyabar .



waktu sahur pagi tu pun kekadang dia bangun sama. Petang jangan citer lah . Masuk dapur, ikut jugak masuk dapur. Ambik pinggan dia pun angkut pingan jugak. Apa kita buat semua dia buat. Alhamdulillah akak Khadijahnya pandai jaga dia. Sayang sangat dengan adik dia ni ha. Lega sikit ada yang tolong jaga .



Time keluar ke bazar ramadhan ... dialah dulu kena suapkan . Lambat suap jawabnya abis semua dibongkar keluar. Dipegang ummi dia tak mahu. Suap mulut dgn roti ke apa... baru senyap.


Semalam "selamat jalan " lagi cermin mata ustaz ni ha. memang dia nak suruh abah dia beli yang baru untuk raya kot. Sedar2 dari tidur dah patah riuk dikerjakan si sumayyah ni ha. Senyum pulak bila kita tenung dia!!! sabar.. sabar . Pegi terawih pun terpaksa pakai smata hitam untuk memandu . Budak2 asrama pun pelik je tengok ustaz ni. Agaknya dalam hati ( biar betul ustaz ni malam pakai ray ban hitam )

Pagi tadi perhimpunan pun terpaksa pakai cmata hitam. macam penyanyi pop ye ye pulak .



Petang ni InsyaAllah siaplah yang baharu tu. Bila dah ditarik nikmat yang satu ... ha baru sedar susahnya kalau tak da nikmat mata. Syukurlah atas apa jua kurniaan Allah. Lebih2 lagi di bulan ramadhan yang mulia ini.

Selamat beribadah dan selamat menjalani ujian percubaan PMR dan SPM buat anak didik di intesaber.

3 comments:

nadia said...

ahaha..ustaz pkai rayban hitam...bergaya laa ustaz...~
hehe...salam ramadhan..
-nadia-

Um@r said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak utk Y.Bhg Ust sekeluarga... Moga2 beroleh ketaqwaan yg sejati, Amin.

Saya tersenyum seorang diri membaca coretan Ust ni, hehe... Banyak perkara baru yg saya boleh pelajari drp seorang ayahanda yg penyabar, soleh dan penyayang.

Alhamdulillah...

ain@littleantzz said...

salam...ustaz, saya oun tergelak sorang2 bile bace entry ustz ni ^_^
teringt pulak kt spupu saye yg bru ad ank sorg, memg suka capai crmn mate org, kalau dok dlm kete tu, siapla cermin mate ayah die dicapainye.

lalu si ayah berkate kepada si ibu. "ni tndenye anak kite makin bijok..." ^_^

selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat ustaz, mama an anak2...^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails