Thursday, August 12, 2010

Toyota dan Ulat

Petang ni alhamdulillah ustaz berkesempatan untuk menghantar innova ke pusat service toyota di Seri Manjung Setiawan setelah beribu2 batu terlajak dari jarak yang ditetapkan. Memang sepatutnya service tu kena ikut masa tapi bila dah kekangan masa jadi alasan maka lewat juga lah akhirnya.



Jauh memang jauh juga Setiawan dari SBPISB tu. Tempoh masa lebih kurang 1jam setengah juga dengan kadar kelajuan sederhana tinggi. Silap2 layak kena saman juga ler. Cuma di sini jauh lebih selesa perjalanan dan permisnya jika nak dibanding dengan Klang atau Selayang. Memang kondusif.



Bila dah rancang awal tu .. apalagi semua alatan ustaz bawa bersama. Dari kertas jawapan pelajar hingga ke laptop ni ha. Bukan apa ... tempoh masa menunggu tak kurang 3 jam bukan cepat kan. kalau sekadar duk saja memang boring.

Pendek citer, tengah leka menanda " ayang" telefon dari rumah. " helo Abang ... abang lupa buang sampah ya? " . Baru ustaz sedar sampah yang dah 3 hari tak diurus tu lupa nak buang pagi tadi. Kebetulan dalam tong ada banyak makanan basah. Apa lagi .... " Abang dah berulat!!! "

Hmmm .. selamat lah jawabnya. "Tunggu nanti balik abang buang ! " dengan pantas dijawab " hey nampaknya petang ni buka dengan ulat lah !!!! " Alamak haiii .. kesal dihati memang lah kan tapi kesian pun ada ... tapi nak buat macamana????


Pengajaran ;


Jangan bertangguh buat kerja baik. Apatah lagi dalam bulan ramadhan yang mulia ni. Kelak kesal sepanjang hayat!!! Pilih lah nak TOYOTA ke ULAT????


2 comments:

Anonymous said...

ustaz jgn buat main2..ulat sekarang dah jadi rawatan alternatif...hehehehmereka brguna ustaz... ~along 08 5T

Johan Irwan said...

Sama la kita ustaz. Wife saya pun selalu bising soh buang sampah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails