Tuesday, October 12, 2010

HOREYYY .. PMR TAMAT

Alhamdulillah penantian yang dinanti-nanti berakhirnya jua hari ni. Selasa tanggal 12 Okt 2010 ; kertas bahasa arab PMR format terbaharu yang mula dilaksanakan tahun ini mula diduduki unuk dijawab oleh para calon bermula jam 8 pagi.

Seperti biasa sempat taklimat ringkas diberi oleh para guru yang bertanggungjawab. Pagi ni giliran mama dan ustaz la. Tak da apa yang nak diberi ... semua tip dan petua dah diperturunkan. Hanya doa mengiringi perjuangan mereka

Sempatlah mama mengingatkan para pelajar agar tidak terlalu yakin dengan keupayaan sendiri, bergati2 ketika menjawab dan serah diri kepada Allah



Impian dan hasrat untuk mengungguli pencapaian bahasa arab 2010 !! Moga kejayaan kelak bersama kalian. Amiin ya rabbal alamin

Pesanan ;

Selesai PMR ... usah dicemari dengan kegiatan dan aktiviti yang boleh menjatuhkan diri dan nama baik keluarga. Teruskan rutin seperti biasa dan manfaatkan masa sebaik mungkin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails