Sunday, November 14, 2010

Kita Tak Tahu

Siapa tahu dengan pasti apakah nasib yang akan menimpa kita esok hari? Benarkah ada dikalangan kita yang diberi anugerah untuk mengetahui apa akan terjadi ? Mungkin para pengunjung setuju jika dikatakan tiada siapa yang tahu apa akan berlaku esok hari dengan tepat. Jika ia pun berlaku seperti diramal itu pastinya dengan kehendak Allah jua

KITA TAK TAHU si anak kesayangan kita, yang ketika ciliknya dulu suka menyepahkan barangan rumah, merosakan harta benda di rumah , akan jadi apa bila besar kelak.



KITA TAK TAHU anak yang buas dan lasak hingga tiada gigi yang tertinggal ini.... setakat mana usianya bersama kita.

KITA TAK TAHU rakan karib yang menjadi orang paling kita percayai boleh jadi akhirnya menjadi duri dalam daging.

KITA TAK TAHU kenalan yang sering kita perlekeh dan perleceh boleh jadi akhirnya menjadi manusia yang menentukan hidup mati kerjaya kita

KITA TAK TAHU setakat mana kesetiaan dan jodoh kita bersama pasangan yang kita cintai akan berpanjangan .. setahun dua, 10 tahun , 20 tahun atau hinga ke akhir hayat

KITA TAK TAHU sakit pening kita atau kaum kerabat kita boleh sembuh atau mampu membawa maut ...

USTAZ TAK TAHU pagi jumaat yang hening itu ... rupanya menjadi musibah kepada isteri tersayang ketika hendak berangkat ke Tanjung Karang untuk urusan kerja.


Apa yang ustaz amat-amat tahu dan pasti KITA TAK TAHU banyak perkara dalam hidup ini




MAKA seringkali kita dengar orang berkata ;

kalau aku tahu begini sudahnya, dulu lagi aku ....
kalau aku tahu nak jadi cam ni, aku tak izinkan dia keluar
kalau aku tahu sakit ni membawa maut , pastinya ..... ,
andai ku tahulah dia akan mengkhianati kepercayaan ini , .....


BENARLAH firman Allah ;
"Dia lah yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu untuk melihat siapakah yang paling baik amalan "

" Manusia tidak tahu (dengan pasti ) apa yang akan diusahakan esok hari dan manusia juga tidak tahu dibumi mana dia akan mati "


JUSTERU ITU

IMAN di dada penting agar kita meletakkan segalanya kepada Allah semata2 yang maha berkehendak dan maha mengetahui atas tiap sesuatu.

Beriman dengan ayat-ayat Allah dan sabda-sabda nabi akan meletakkan jiwa kita dalam kedudukan sentiasa redha dengan setiap apa yang berlaku dan melahirkan sifat sabar dalam diri.

Redha dan sabar dengan musibah yang menimpa akan menjadikan kita berlapang dada dan tidak mudah meletakkan kesalahan dan kesilapan kepada orang lain.

Jauhilah ungkapan " KALAU SEKIRANYA ... " kerana ia hanya akan membuka ruang kepada syaitan untuk membisikan dalam hati rasa keraguan terhadap KETETAPAN ALLAH yang boleh menghakis IMAN dari dalam dada kita.

NAMUN PERCAYALAH ...

Bila mana ujian Allah itu datang ... Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Kemahiran Intrapersonal, Kemahiran Menyelesai Masalah, Sokongan dan dorongan rakan InsyaAllah sedikit sebanyak mampu menguatkan diri untuk bangun dan bangkit dari seribu kekesalan , kekecewaan, kepedihan untuk terus kembali berjuang mencari redha Ilahi .

Wallahu a'lam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails