Sunday, November 14, 2010

TERKINI patah tumbuh hilang berganti


Tanggal 9hb November lalu buat kali terakhir dalam mesyuarat guru kami mendengar ucapan perpisahan dari 2 orang guru berpengalaman dan hebat di intesaber iaitu cikgu Suhaimi Sabran dan Cikgu Mohd Hatta Abu Bakar yang dinaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang DG48 di sekolah rendah berkuatkuasa mulai 1 oktober 2010 .

Pepatah melayu ada mengatakan ; patah tumbuh hilang berganti. Memang betul cumanya yang tumbuh dan yang menggantikan itu pastinya tidak sama dengan yang patah dan yang hilang. Perasaan gembira kami warga guru bercampur baur dengan rasa sebak dan hiba kerana kami juga baharu kehilangan salah seorang murid tg 3 yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada minggu lepas.


ketika mempengerusikan Jkuasa Merentas Desa awal tahun 2010


Sayang sekali ustaz tak berkesempatan hadir sama dalam majlis perpisahan mereka tempohari kerana "halangan yang tidak dijangkakan" . Sebaik selesai membantu urusan mama di tg karang baru sempat bersama. Dapat juga sampaikan tandahati sebagai kenangan dari Unit HEM.



Kedua tokoh guru yang telah meninggalkan kita ini telah lama ustaz kenali. Keduanya amat berwibawa dalam bidang keberhasilan masing2. Dua personaliti yang berbeza tetapi mempunyai nilai kualiti yang sama hebat. A dikenali sebagai seorang ekstovert, tangkas berbicara, pantas dalam pergerakan manakala B dikenali sebagai seorang yang instrovert, amat teliti dalam berbicara, tenang geraklakunya. TAPI MEREKA SAMA kerana bijak mengesan peluang dan berani bertindak merebut peluang yang ada. Salah satu ciri oarng berjaya di atas dunia ini.



Mengenali mereka juga membuatkan ustaz berfikir , alangkah bertuahnya mereka kerana sepanjang perjuangan mereka di Intesaber ini, bukan sahaja mereka mudah dan senang didampingi tetapi mereka telah memberikan MANFAAT YANG BESAR kepada orang disekeliling mereka dengan bakat, kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki . Sudah pasti kelibat mereka di temasya sukan 2011 tidak akan kelihatan lagi tetapi jasa mereka tetap dikenang .....

Ustaz yakin kita semua akan tetap mendoakan mereka terus berjaya dan berjaya bukan sahaja dalam kerjaya tetapi hingga ke akhirat hendaknya. SELAMAT MAJU JAYA dari kami semua

TERKINI ;

Tambahan 3 lagi senarai nama guru yang dapat berpindah untuk sesi 2011

1. Cikgu Abd Rahim - KHB
2. Cikgu Norahmatolammah - BI
3. Ustaz Faizal Tahir - PAI

Selamat meneruskan perjuangan

2 comments:

nhamizahashim said...

bertambah lagi guru yang melangkah keluar bumi intersaber...
~selamat maju jaya cikgu. terima kasih atas tunjuk ajar, memberi kamitunjuk ajar terutama dlm kehidupan, bkn akademik semata-mata~

duta_i said...

salam..ustaz.
sebelumya takziah,
intersaber telah kehilangan ramai pelajarnya secara tidak langsung.
Dan kini gurunya pula melangkah keluar...
semoga intersaber terus maju!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails