Monday, November 29, 2010

Secoret kata dari Selayang

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang dikasihi.

Pejam celik pejam celik cuti persekolahan dah pun hampir masuk bulan Dec 2010. Pantasnya masa berlalu hingga tak sedar usia dah dimamah dek waktu dan masa yang pantas tu. Cuti pada ustaz sendiri tak bermaksud rehat dan berehat tanpa buat apa2 atau sering kita dengar orang kata tak tahu nak buat apa ...

Semua tu berbalik pada sikap dan pemikiran kita sendiri. Kata orang kalau nak bekerja.. macam2 boleh buat. Kalau kita positif dan sentiasa mahu berusaha rasanya masa cuti seumpama ini adalah masa yang sangat dinanti-nantikan. Boleh lah macam2 kerja yang tak berkesempatan waktu hari bertugas. Ini lah masa nak bersama keluarga dengan aktiviti yang bermanfaat. Ini lah masa untuk kita berkarya dengan daya kreativiti kita, ini lah masa untuk kita menjana pendapatan tambahan keluarga dan macam2 lagi lah boleh dibuat.

Cuti persekolahan kali ini, banyak masa di kawasan sekolah tu je. Selain bertugas secara bergilir dengan rakan pentadbir yang lain, cuti sekolah inilah ustaz gunakan untuk membuat perubahan lanskap asrama yang dah berusaia 8 tahun sejak mula diduduki petangahan 2002 dulu. Kalau dibiarkan begitulah rupanya sampai bila2 kan ... sapa nak ubah? Nak suruh sapa buat? Sapa boleh tolong? Ada orang nak bantu ke? Duit cari mana? Yang pentng ... dimulakan langkah pertama dulu. Usahakan sesuatu dulu. Mulakan dengan apa yang sedia ada. Mulakan apa yang perlu tanpa kos tambahan .. Rasanya nak ubah pokok A ke lokasi A tak memerlukan wang ringgit kan. Hanya sedikit tenaga dan imaginasi saja. Slebihnya kemahuan kita untuk bertindak.
Dari situlah sedikit perubahan ustaz buat di sekitar asrama ... harap2 kelihatan makin comel nanti yer

Waktu bersama family memang best ... ni la masanya kita sempat bergurau senda ngan anak2. Main badminton sama, tanam sayur sama, ajar mengaji atau hafal ayat quran tu , shopping sama... masa ni jugak la boleh ajar anak2 urus diri dengan lebih baik. Tak la abis masa depan FB, internet game dan lainnya. Dengan isteri pulak, ada lah peluang bantu lipat baju atau teman di dapur memasak. Kekadang terfikir nak benti kerja lagi awal tapi .... sapa nak tanggung? Atau paling tidak ubah kerjaya yang lebih fleksibel . Ya lah dulu ustaz sendiri tak pernah merancang perjalanan kerjaya ni. Ikut je apa yang ada ... sedar tak sedar jadi guru atau ustaz! Zaman tu bimbingan kaunseling atau kerjaya ada tapi tak sebagus hari ini. Apa pun alhamdulillah dengan apa yang sedia ada sekarang ni. Cuma nasihat untuk semua anak2 ... rancang masa depan dengan baik. Rancang kerjaya, kewangan dsb nya tu dengan baik. Dapatkan maklumat dan bimbingan supaya apa yang kita dapat benar2 memberikan kepuasan dan bermanfaat untuk agama dan umat seluruhnya.

Sebenarnya ustaz dalam perjalan ke mesyuarat PK HEM SBP di KL esok. Berhenti service Innova di Selayang ni. Sempatlah sentuh internet kejap. Selesai meeting tetap kena balik SB sebab calon2 SPM masih ada yang perlu ditengokkan. Tak dapatlah nak balik kampung di Banting sepenuhnya cuti ni apatah lagi nak balik Ganu .. Apa pun ustaz doakan semua anak2 didik Intesaber dapat isi masa sebaik mungkin. Seperti pesanan ustaz selalu.. ada masa dan ruang tingkatkan kualiti diri, kemahiran dan pengetahuan utk bekalan masa depan.

Jumpa lagi esok lusa ... assalamualaikum

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails