Monday, August 30, 2010

contoh Jawapan format PMR baharu

Alhamdulillah kita teruskan perbincangan dengan melihat contoh jawapan pelajar untuk kertas bahasa arab PMR format baharu 2010 . Pertama pastikan semua calon faham arahan soalan dengan baik.

Arahan soalan satu bahagian A berbunyi ; isikan tempat kosong dengan memilih jawapan dari pilihan yang disediakan. Jadi jawapan calon mesti dengan mengisi tempat kosong yang disediakan bukan sekadar membulatkan atau menggariskan pilihan jawapan yang tersedia. soalan ini amat mencabar kerana merangkumi semua tajuk tatabahasa yang terkandung dalam sukatan pelajaran samada dipelajari oleh calon atau sebaliknya. Kegagalan guru memberi pehamanan yang baik dan menyeluruh akan menggagalkan calon menjawab dengan baik. Inilah antara cabaran guru sebab yang dah diajar berulangkali pun kekadang masih tidak difahami dengan jelas oleh calon.


Keduanya ; sebelum menjawab pastikan calon telah membuat pilihan yang tepat antara soalan satu dan dua. Walaupun bentuk soalan sama tapi aras kesukaran pastinya berbeza mengikut keupayaan calon. Oleh itu pastikan calon menjawab saoalan yang difikirkan lebih senang pada dirinya.



Ketiga ; sebalum menjawab calon hendaklah mengambil masa utk memerhati dan menilai soalan dengan baik. sedikit kekeliruan akan menyebabkan pemotongan markah tanpa rundingan. sebaiknya tandakan sebarang klu jawapan yang sesuai bagi memudahkan calon membuat semakan kelak.


Soalan bahagian B ustaz kira tidak kurang cabarannya kerana ia memerlukan kemahiran calon mengaplikasi dan mengubah bentuk soalan yang diberi berdasarkan soalan yang disediakan.


keupayaan calon menguasai tasrif 14 dalam feel madhi dan mudhori' serta feel amr akan membantu calon menjawab soalan ini dengan baik.


Nantikan huraian lanjut dalam siri akan datang . Selamat berpuasa .. teruskan usaha memburu kejayaan ,

orang berbudi kita berbahasa

bicara santai dari bekas pelajar kepada semua capon SPM 2010 ... moga ada keberkatannya



Alhamdulillah ramadhan 2010 melepasi 15 hari pertama. Moga ibadah puasa tahun ini lebih memberi makna buat kita semua. Kami kakitangan awam ni bersyukur juga lah sebab dapat rm500 ehsan dari kerajaan baru-baru ni. boleh lah ustaz guna utk tukar tayar yang dah botak tu (he.he.he)

Sebenarnya hari ni seronok sebab didatangi oleh bekas2 pelajar. Walaupun dah abis belajar di sini alhamdulillah ingatan mereka cukup mendalam terhadap sekolah dan guru-guru. mulanya kehadiran saudara hairi, irfan dan haikal serta izzati rahim, syamel sofea, alifah, wirdah dan raihan. Sambil ziarah mereka sempat berkongsi pengalaman sepanjang melanjutkan pelajaran masing2 hari ini. Dalam suasana bersantai ... bagus juga ustaz nampak responnya.



Lanjutan itu datang pula geng2 yang bakal ke timur tengah lepas raya ni. Hanis iqbal, helmi, hakimi, busyoiri, haziman dan yang tak disangka aiman yang turut ke mesir mengambil dentist di universiti al azhar walaupun tak belajar bahasa arab di aliran sains agama. Semua ke mesir kecuali haziman yang akan ke jordan mengikuti jejak langkah nik normadihah. Sayangnya sorang lagi husaini tak dapat hadir.


Kebetulan giliran ustaz bawa moreh lepas terawih. sempatlah kami bermoreh dengan spagetti mama tu. berselera nampaknya dia orang tu.hmmm ... best tengok dia orang makan.

Tapi lagi best ... bila pagi ni dia orang beri kad raya dan kuih raya cokelat kegemaran ustaz. timer kasihhhhh la bebanyak. rasa terharu juga rasa dihati ini. Betul lah kata pepetah .. orang berbudi kita berbahasa , orang beri kita merasa. ye ke? he.he

Apa pun budi bahasa kalian amat ustaz dan kami guru-guru hargai. Kami doakan semuanya cemerlang dalam memburu cita2 masing2. Kepada semua anak didik intesaber demikian juga harapan ustaz dan kami semua. Walau dimana sahaja kalian berada ... kuasailah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin dan pamerkan budi pekerti dan akhlak yg mulia kepada sesiapa sahaja.

Melihat mereka yang berjaya ni ... masih segar dalam ingatan gelagat dia orang semua dalam kelas waktu ustaz mengajar. Sapa sangka yang selalu pening belajar bahasa arab tinggi boleh ke mesir akhirnya! Tu lah rezeki kurniaan Allah namanya. Moga menjadi pembakar semnagat buat semua.



Selamat berpuasa buat semua dan selamat berumrah kepada anakanda izzati rahim serta keluarga.

Wednesday, August 25, 2010

Bengkel Barab PMR SAM bt 38

Dengan Izin Allah jua, perancangan yang dah lama dirancang berjaya juga terlaksana . Posa2 ni memang mencabar sangat utk laksanakan program seumapama ini. Al maklumlah .. mood pendengar tak berapa stabil.

mula jam 11.15 hingga jam 1 ptg . bercakap tu tak pa ... kita boleh cakap apa saja tapi nak suruh pendengar dengar ... tu yang masalah besar. Apa pun syabas dan tahniah kerana dia orang semua boleh dan mampu beri tumpuan dgn baik.



Syukran pada ustazah Norabidah kerana bersusah payah jemput ustaz hadir ke bengkel tu. Dapat kurma, dapat tuala lagi. terima kasih la. Tak lupa pada ustazah Normala yg turut sama dan semua rakan ustaz dan ustazah yag setia hingga akhir. Salah silap tutur kata maaf la bebanyak.






Abis dari SAM 38, ptg tu ada kelas utk Barab PMR F3 dari jam 3 hingga 4.30 ptg. Rasa memang tak larat nak bercakap tapi dah jadi tugas serta amanah kita, perlulah ustaz laksanakan sebaik mungkin. Apa lagi ... abis alatan bawa keluar agar bebudak tu tak terlena. Mama@ umi pun ada kelas sama .. jadi penat usah kirala . Lepas ambik anak jam 5.15 ptg baru fikir nak masak.

Hmmm .. apa nak masak ni? penat tu lebih dari nafsu makan. tidor aja lagi best . Tapi nak buka apa? ustaz kata ngan mama ... ala kita masak simple je. abang masakkan kue tiau lakna je. Asal makan udah. Congak2 semua barang ada .. jadi beli je sebungkus kuew tiau masak ler... " timer kasih banggggg .... " he.he. tu tandanya mama happy la sebab ada orang tolong masakkan!


haaa... ni rupanya. tapi sayangnya tepung jagung tak de sebab jarang guna. sebagai ganti ustaz masukkan je telur. kira ok lah bulan2 posa niiii . yang penting tengok dari atas hmmmm .. lazat!

Monday, August 23, 2010

berhujung minggu


Hujung minggu memang masa dan saat yang dinantikan. ustaz lah terutamanya. tu lah masa boleh rehat dengan family dan anak terutamanya . Lepas je solat subuh dgan anak2 asrama tu terus ustaz bersiap turun ladang belakang rumah .

Tapi rupanya sebelum tu si kecik pun dah sedia nak ikut sama. apa lagi kenalah layan dia orang dulu. Hmmm .. paling dekat taman mainan depan tumah tu lah. Alhamdulillah kak ijah tolong abah dia jaga si kecik tu ha. sempatlah abah dia ni menikmati suasana pagi yg aman damai di s.bernam ni



melihat telatah anak2 dari jauh ... dari celah2 pokok betik ( he.he) hilang kekusutan di kepala. happy je orang semua sepanjang masa. tak de nak fikir apa pasal hidup. yang tahu lapar ada makanan atau haus ada air nak diminum .


Cuma bestnya ... kali ni ustaz ditemani teman baik ustaz sepanjang hayat ... mama lah siapa lagi
Dia pun dah mula mengusahakan sendiri projek bawangnya. Lepas ni nak tanam apa???? tunggu dan lihatlah nanti



Alhamdulillah sempat menyiapkan semua kerja. dapatlah bersihkan rumput yg dah mula meinggi. Elok je nak siap .... hujan turuuuunnnnnn . apa lagi cabutlah




Apa pun .... masa yang ada bersama family amat menggembirakan hati ini. Selamat berpuasa buat semua pengunjung yang dikasihi.

video ramadhan intesaber

Buat semua warga sbpi SB .. buat tangan yang tak sebearapa sempena ramadhan karim 2010




video


saya orang tua baharu belajar dan mencuba
kalau silap tolong ajarkan ....


salam ramadhan

Friday, August 20, 2010

20 ogos


Hari ini hari Jumaat 20 ogos 2010 . Tiada apa yang istimewanya bagi kebanyakkan kita . Bukan juga kerana ada apa2 sambutan peringkat negara dan sebagainya. Tapi bagi kami, bagi ustaz, mama dan seluruh keluarga istimewanya hari ini kerana 13 tahun lalu .... kami dikurniakan seorang baby pompuan yang comel ... Maryam Husna nama yang kami beri.



Waktu tu kami bertugas di Sabah iaitu di SM Sains Lahad Datu. Sebagai pasangan muda waktu tu, semua perkara kami urus sendiri tanpa ada ahli keluarga di sisi. Sama2 belajar benda baharu dalam hidup berumahtangga. Apa yang kurang pada ustaz ummi@mama akan tampung, apa yang dia tiada ustaz akan cuba adakan.

Saat mengandungkan baby sulong sememangnya sesuatu yang mencabar. Apa idaknya perasaan si ibu pastinya tidak seperti biasanya. Mood harian tak menentu. Sebagai pasangan ustaz sendiri sukar nak membaca apa yang dirasai oleh mama saat tu. Dia suka ke, dia pening ke, dia tak larat dan rasa semacam ke ... pendek kata macam2 rasa tu datangnya tak mengira masa. Belum lagi kira mengidam nak mangga la, nak telur penyu lah, nak daging rusalah ... hmmm , orang laki kena faham2 lah.

Alhamdulillah mama seorang yang berterus terang dalam semua perkara. Rahsia2 ni tak main la... jadi mudahlah untuk diurus. Kalau tak larat nak masak , ustaz akan segera ambil alih. masak apa jangan kira asalkan sama2 boleh makan. Cumanya alhamdulillah antara kami mempunyai komunikasi yang baik dan jelas. Masing sedia bertolak ansur ... jadinya kira ok lah kalau tak da family pun semuanya beres

Melihat saat2 akhir kandungan memang rasa tak menentu. siannya para isteri atau ibu2 yang ... mengandung. Beban yang dikendung dan ditanggung hanya mereka ajelah yang mengerti . Seksanya, rimasnya, beratnya dan macam2 lagi Allah yang lebih mengetahui. Waktu tu baru ustaz sedar dan terdetik dihati "macamana lah aku dulu masa dalam kandungan ya? Kembar pulak tu dengan abang oma " hey .. beratnya bawa dua baby sekali !!!!

Sayang sekali, waktu kakak lahir abah tak ada sama sebab ummi abah hantar balik ke kampung di Terengganu. Maklumlah anak sulung, masing2 tak yakin apa nak dibuat. Ada orang tua lebih sikit yakin tu. Happy di hati bila dikhabarkan kelahiran baby sulong... Allah sahaja yang tahu.



Tup..tup dalam diam dah besar panjang. dah tingkatan satu pun. Namu usah dilupakan pengorbanan ibubapa terutama ibu yang tiada tandingannya dalam membesarkan kita semua. Susah atas susahnya dia mengandung hingga melahirkan tiada taranya dengan sejumlah wang ringgit yang mampu kita hamburkan uat mereka. Hanya satu ustaz yakini ... semua ibu semua bapa hanya mengimpikan anaknya menjadi anak yang baik atau lebih tepat anak soleh dan solehah serta jadi orang berguna.

Justeru itu tatkala kita diberi kesempatan dan peluang bersama mereka berbuat baiklah , berbaktilah ... sukakanlah... hiburkanlah hati mereka kerana kelak bila mereka tiada disisi lagi tiada apa yang mampu kita ubah melainkan iringan doa. Itupun kalau kita anak yang soleh yang sentiasa mengingati mereka


dia orang ni adik beradik lain mak dan bapak ... bersama nadia rakan baik di SK Parit Baharu


Tugas sebagai anak? Selain berbakti dan berbuat baik atau ehsan pada ibubapa, tunaikanlah tanggungjawab dalam menuntut ilmu sebaik mungkin. Berikan usaha terbaik dalam tiap gerak kerja. Soal hasil serahkan pada Allah. Dah buat terbaik tak dapat capai A ... oklah tu. Lagi pun bukan mati kalau dapat B. Redha kita dengan ketentuan jauh lebih baik dan mulia disisi Allah dari A yang hanya menjadikan kita sombong diri!


Buat kakak dan semua adik2, abah ummi saayaaang kalian kerana Allah. Binalah hubungan dengan Allah jangan berlaku syirik, berbuat baik dan berbakti pada abah ummi serta orang yang memerlukan, cari kekuatan diri, jiwa dan emosi melalui jalan ibadah, sentiasa perbaiki kelemahan diri dan sentiasa bersedia untuk memimpin dan dipimpin.





SELAMAT ULANG TAHUN KE 13 dari abah dan ummi . Sorry lah suprise tak menjadi baru nii

Karangan Puasa

Bersempena Ramadhan mulia ini, ustaz ketengahkan satu tajuk karangan untuk Bahasa Arab Tinggi kepada para calon SPM 2010 ;



الصوم ركن من أركان الإسلام . تحدث عن آثاره في حياة المسلم

الصَّوْمُ رُكْنٌ مِنْ أرْكاَنِ الإسلامِ . الصَّوْمُ مِنْ كلمة صامَ يصُومُ صُمْ صَوْماً صِياماً . الصوم فِي اللغة هو الإمْسَاكُ عَنْ الشَّىْء و أما في الشَّرْع إمْسَاكٌ عَنْ شَهْوتَي الفَرْج والبَطْن مِنْ الفَجْرِ الى غُرُوبِ الشَّمْسِ مَع النّيَّة

و دَليلٌ عَلى وُجُوبِ الصّوم قَدْ ثبَتَ في الكِتَاب والسُّنةِ و إجمَاع الأمة .و قَوْلُه تعالى في السورة البقرة :183
"
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "
وفي الحديث الصحيح : " بُنِي الإسلامُ عَلى خَمْسٍ شَهادةِ أنْ لا اله إلا الله و أنَّ محمداً رسول الله و أقامِ الصلاة و إيتاءِ الزّكاة و حَجِّ البَيْتِ و صَومِ رمضانَ " رواه البخاري ومسلم

قَدْ فَرضَ الله في السنَةِ الثانية للجهرة وهو عِبادةٌ تَطْهِير النَّفْسِ و سُمُو للرُّوح و صحة الجسمِ و مَنْ قام بهِ امْتِثَالاً لأمْرِ الله وابْتِغَاءِ مَرْضاتِه وكانَ تَكْفِيرًا لِسيَّئاتِه و سَبَبا لدُّخُول الجنة و قال رسول الله : مَنْ صَامَ رَمضانَ اِيْمانًا واحْتِسابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

الصَّوْمُ لَهُ آثارٌ كبيرٌ و مُهِمٌّ في حياةِ المسلمِ

أولاً : الصوم يُؤدّي الى الْمُجاهَدَةِ و تَزْكِيَّةِ النّفْسِ عَن الصّفاتِ الْمَذمُومَة والقَبِيحَة فِي نُفُوسِ المسلمين مثل الرّيَاء والعُجُب والتَّكبُّر . و هذا يُؤدّى الى النَّجَاحِ والفَلاح في حيَاتِهِمْ كما قوله تعالى في السورة الشمس :

" قدْ أفلحَ منْ زكّاها


ثانياً : الصوم أيضا يَدُلُّ على عُبُودِيَّةِ الإنِسَان الى خَالِقِه وهُو بإتْبَاعِ أوَامِرِ الله و سُنَنِ رَسُولِه

ثالثا : الصوم يؤدي الى الصّحَة وهو بِرَاحَةِ الأبِدَانِ مِنْ الأكْلِ والشُّرْبِ. فالْمَعِدَة فِي حَاجَةٍ الى رَاحَةٍ أسْبُوعِيّةٍ أو شَهْرِيَّةٍ . اذَنْ الصومُ هو طرِيْقٌ خاصٌ و مٌهِمٌّ لِوُصُول الى هَذا الْهَدَفِ . وحقًا كَما قول رسول الله صلى الله عليه وسلم " صُومُوا تَصِحُّوا

رابعًا : بالصَّوْمِ يَستَطِيْعُ الإنسَانُ الابتِعَادِ عَنْ الأمْرَاض وذلك بالتَقْلِيْلُ مِنْ الأطْعِمةِ و الرَّاحةُ الكَافِيَّةُ للمَعِدَّة وتَناوَلُ الأغْذِيَّةِ الْمُتَوازِنَة

وبِحُضُورِ رَمضانَ يُضَاعِفُ المسلمون بالعِبادات الله ومِنْهُمْ يُصلّون التراوِيحَ في المْسجِد و يَتَدارَسُون القراءن ويُجالِسُون مَجالِسَ العلم و يُفطِرْون جَماعِياً . وخُلاصَةُ الكلامِ ، الصَّوْمُ مُفِيدٌ و نَافِعٌ في حَياةِ المسلم لِيَكُونَ رَجُلاً مؤمِنًا سليِماً قَوِيّاً




Terjemahan maksud


Berpuasa adalah satu rukun dari rukun-rukun Islam. Berpuasa dari sudut bahasa bermakna menahan . Berpuasa ( Soum ) diambil dari kata dasar ( soma .... syiam ) Dari sudut syara' pula iaitu menahan kedua syahwat kemaluan dan perut dari fajar hingga ke terbenam matahari beserta niat

Dalil atau bukti kewajipan berpuasa telah sabit di dalam kitab Al Quran , hadis nabi dan Ijmak . Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud " wahai orang yang beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa seprtimana telah diwajibkan keatas mereka sebelum kamu moga kamu menjadi orang yang bertakwa "

Di dalam hadis pula sabda nabi SAW " Telah didirikan Islam atas 5 (rukun) iaitu bersyahadah (bersaksi) sesungguhnya tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji dan puasa dalam bulan Ramadhan “ riwayat bukhari muslim

Sesungguhnya Allah telaj mewajibkan (puasa) pada tahun ke tiga hijrah dan ia adalah satu ibadah untuk membersihkan jiwa, menguatkan ruh dan kesihatan badan. Sesiapa melaksanakannya kerana mematuhi perintah Allah dan mencari keredhaanNya , maka ia menghapuskan keburukan dan menjadi sebab untuk memasuki syurga. Bersabda Rasulullah “ Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kepatuhan diampunkan baginya apa-apa dosa yang terdahulu “

Berpuasa mempunyai kesan yang besar dan penting dalam kehidupan manusia

Pertama ; Berpuasa membawa kepada mujahadah dan menyucian jiwa dari sifat tercela dan buruk dalam diri muslim seperti riak, bangga diri dan takabbur. Ini akan membawa kepada kejayaan dalam kehidupan mereka sepertimana firman Allah “ Sesungguhnya berjayalah sesiapa memberishkannya (jiwa/hati) “

Kedua ; Berpuasa juga menunjukkan pengabdian manusia kepada penciptannya iaitu dengan mengikuti suruhan Allah dan sunnah Rasulnya.

Ketiga ; Berpuasa membawa kepada kesihatan iaitu dengan merehatkan tubuh badan dari makan dan minum. Perut memerlukan kepada rehat (dari bekerja) samada mingguan atau bulanan. Jadi berpuasa adalah jalan atau cara khusus dan penting untuk mencapai kepada matlamat ini. Benarlah seperti sabda Nabu SAW “ berpuasalah kamu, kamu akan sihat “

Keempat ; Dengan berpuasa manusia mampu menjauhkan diri dari penyakit iaitu dengan cara mengurangkan makan dan perut mendapat rehat yang cukup dan mengambil makanan seimbang.

Dengan kehadiran ramadhan kaum musliman menggandakan ibadah keada Allah . Sebahagian mereka menunaikan solat terawih di masjid, mentadarus al Quran, duduk dalam majlis ilmu dan berbuka puasa secara berjemaah.

Rumusan bicara berpuasa itu berfaedah dan bermanfaat dalam kehidupan seorang Islam untuk menjadi seorang lalaki yang beriman, sejahtera dan kuat .






video ramadhan

ramadhan intesaber.MSWMM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails