Saturday, October 30, 2010

soalan qawaid فعل مبني للمجهول

Sila lihat dan amati soalan berikut. Arahan soalan berbunyi ;
Ubah perkataan yang bergaris dibawahnya kepada feel mabni lilmajhul ( فعل مبني للمجهول ) beserta baris .

Lihat perubahan baris pada kalimah yang bergaris di atas.


Soalan 28: Ahmad telah membantu bapanya . jawapan dibantu


soalan 29 ; Ali membeli songkok . jawapan dibeli


soalan 30 ; Adik lelaki telah meminta duit daripada saya jawapan diminta



huraian lanjut akan menyusul kemudian. selamat mengulangkaji









Thursday, October 28, 2010

nota sorof الفعل الصحيح والمعتل

Alhamdulillah bersua kembali. Kepada semua calon SPM BAT tahun ini ustaz doakan moga kalian terus diberi kekuatan jiwa untuk terus berjuang dan berjuang tanpa diselubungi rasa putus asa .

Kita teruskan bicara kita dengan memaparkan tajuk berikut iaitu feel soheh dan mu'tal.
Feel soheh adalah feel yang tidak mengandungi huruf i'llah ( حرف العلة ) iaitu alif , wau dan ya ( ا و ي )




Feel mu'tal ( الفعل المعتل ) pula mengandungi salah satu huruf ( ا و ي ) atau lebih. Perhatikan contoh berikut.





Salam perjuangan dari kami di arab2u.blogspot.com

Friday, October 22, 2010

Ofis baharu!!

Alhamdulillah , dengan bantuan anak2 ...

sedikit perubahan dapat dilakukan di bilik HEM. Sekadar mencari mood baharu untuk bekerja.. sedikit perubahan susun atur perabot dan kelengkapan pejabat ustaz lakukan . Hasilnya alhamdulillah amat memberangsangkan. Mood makin bertambah dengan suasana pejabat yang ceria .. terima kasih kepada semua


atas ; Susun atur asal sebelum perubahan , bawah setelah diubah ...


proses mengcat ... ustaz lakukan waktu malam . 2 hari kerja pengubahsuaian siap sepenuhnya





ceria je wajah orang tu ..



ok ... terima kasih sekali lagi

Perjuangan masih diteruskan

Dalam suasana tegang menghampiri SPM ini, rasanya debaran semua pihak semakin kencang. Samada pada diri pelajar ataupun guru-guru sendiri. Pelajar dengan exam nya , guru pulak tentunya dengan pelbagai tugasan akhir sempena hujung tahun ni.


Bagi calon SPM Sains Agama khususnya ... perjuangan kita belum selesai hingga selesai result dikeluarkan kelak. Fokus, usaha dan komitmen semua amat ditagih demi kecemerlangan bersama. Setelah usaha gigih dan penat lelah kita semua pastinya diiringan dengan harapan di hati moga kita cemerlang kelak.


usaha... usaha... fokus, doa dan tawakal lah akhirnya. ok selamat berjuang buat semua
Balik cuti pilihan ni jangan banyak buang masa. siapkan modul ya..

Wednesday, October 20, 2010

mubtada dan khabar المبتدأ والخبر

Arahan soalan dibawah ini berbunyi ;
Tentukan mubtadak dalam jumlah ayat berikut .

Apa yang diminta oleh soalan adalah calon hendaklah menulis atau menentukan mana satu kalimah yang menjadi mubtada ( مبتدأ ) dalam ayat tersebut. Disini calon perlu memahami jenis-jenis mubtada yang ada agar tidak keliru.



soalan 7 ; dihadapan rumahnya ada pokok
ayat ini didahului oleh zorof makan ( ظرف مكان ) maka jumlah ini dimulakan dengan syibhi jumlah. Terbinalah di sini apa yang disebut khabar muqaddam . dimana mubtada nya? perkataan pokok itu menjadi mubtada atau dikenali sebagai mubtada muakhar ( مبتدأ مؤخر )

soalan 8 ; larangan merokok
soalan 9 ; Pekerja itu di dalam kilang
soalan 10 ; Mereka itulah orang yang berjaya






المبتدأ والخبر

الْمبتدأ : كات نام يغ ترلنق دفغكل اية ( سوبجيك )

الخبر : فلغكف الْمبتدأ ( جمله اية )

الأول : المبتدأ اسمُ إشارةٍ والخبر مُفرَدٌ ( نكِرَة )

الثانِي : المبتدأ اسمُ معرّفٌ بال والخبر مُفرَدٌ

الثالث : المبتدأ اسمُ علَمٍ والخبر مُفرَدٌ

الرابع : المبتدأ اسمُ معرّفٌ بال والخبر جملةٌ فعليةٌ

الخامس : المبتدأ اسمُ معرّفٌ بال والخبر جملةٌ اسميّةٌ

السادس : المبتدأ اسمُ معرّفٌ بال والخبر شِبْهُ جُمْلَةٍ

السابع : المبتدأ ضمير والخبر شِبْهُ جُمْلَةٍ

الثامن : المبتدأ مؤَخّر والخبر مُقَدّمٌ




Selamat berjuang

Soalan mufradat SPM 2

Alhamdulillah kita masih dapat meneruskan usaha kecil ini. Diharapkan semua calon SPM akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang tak lama bakal menjelma. Lihat soalan musfradat berikut. Cuba fahami makna ayat yang diberi.


soalan 1 ; Para peladang gembira dengan turunnya hujan
soalan 2 ; Pegawai itu tiba di pejabat lewat
soalan 3 ; Saya telah mengetahui permohonan memasuki universiti diterima




soalan 4 ; Wanita itu memukul pintu @ mengetuk dengan tangannya
soalan 5 ; naib pengurus pergi ke perhimpunan itu menggantikan pengurus@pengetua
soalan 6 ; hari Skan Sekolah pada tahun ini seiringan@sama dengan hari guru

selamat mengulangkaji. jumpa lagi

Friday, October 15, 2010

Terjemahan ; Bahasa Arab itu Penting


Assalamualaikuim buat semua calon SPM

Perhatikan dan amati petikan pendek diatas. Dalam menjawab kertas 2 bahasa arab tinggi soalan terjemahan adalah antara komponan yang wajib dijawab. Calon dikehendaki untuk menterjemah petikan berikut ke dalam bahasa arab. Keupayaan calon mengadun kalimah dalam membina jumlah yang dapat difahami banyak bergantung kepada sejauh mana calon menguasai kalimah itu sendiri.

Bersama ini ustaz sertakan contoh terjemahan teks di atas sebagai panduan. Moga ia bermanfaat
dan dapat meningkatkan penguasaan para pelajar unyuk menjawabnya kelak.



Salam kecemerlangan dari arab2u dan selamat mengamati soalan terjemahan BAT ini moga menambahkan kefahaman ...

Thursday, October 14, 2010

soalan qawaid الفاعل و نائب الفاعل

Berikut dipaparkan soalan berkaitan dengan fael dan naib fael agar calon lebih jelas dan memahami tajuk ini. Dalam soalan ini , calon diminta mengeluarkan perkataan atau mengenalpasti perkataan dalam ayat yang menunjukkan kepada fae ( الفاعل ) ; atau naib fael ( نائب الفاعل ) .




selamat berjuang

Tuesday, October 12, 2010

HOREYYY .. PMR TAMAT

Alhamdulillah penantian yang dinanti-nanti berakhirnya jua hari ni. Selasa tanggal 12 Okt 2010 ; kertas bahasa arab PMR format terbaharu yang mula dilaksanakan tahun ini mula diduduki unuk dijawab oleh para calon bermula jam 8 pagi.

Seperti biasa sempat taklimat ringkas diberi oleh para guru yang bertanggungjawab. Pagi ni giliran mama dan ustaz la. Tak da apa yang nak diberi ... semua tip dan petua dah diperturunkan. Hanya doa mengiringi perjuangan mereka

Sempatlah mama mengingatkan para pelajar agar tidak terlalu yakin dengan keupayaan sendiri, bergati2 ketika menjawab dan serah diri kepada Allah



Impian dan hasrat untuk mengungguli pencapaian bahasa arab 2010 !! Moga kejayaan kelak bersama kalian. Amiin ya rabbal alamin

Pesanan ;

Selesai PMR ... usah dicemari dengan kegiatan dan aktiviti yang boleh menjatuhkan diri dan nama baik keluarga. Teruskan rutin seperti biasa dan manfaatkan masa sebaik mungkin.

Soalan mufradat SPM 1

Perhatikan dan cuba amati soalan berikut . Ustaz akan cuba jelaskan kelak agar semua calon lebih memahaminya . Selamat mengulangkaji


Soalan 1 - 3 ; lawan perkataan

1. Sesunggunya perkara ini satu kezaliman = adil, rahmat
2. Buah ini ranum khusnya dalam musim panas = musim sejuk
3. Soalan ini terbina dari pelbagai jenis pilihan = bermacam-macam, berjenis-jenis
** kesilapan soalon 3 ; soalan sebenarnya merujuk kepada perkataan seerti




Soalan 4-6 ; perkataan seerti

4. Tiap sesuatu yang kita lakukan ada balasan
5. Kami menggunakan berus untuk membersihkan gigi
6. Jelas dalam ayat ini sesungguhnya mentaati kedua ibubapa adalah wajib


Teruskan usaha memburu kecemerlangan bersama arab2u

soalan Balaghah Fasahah dan Hakikat Majaz

Siri paparan bimbingan balaghah kali ini ustaz ketengahkan tajuk fasahah juga tajuk hakikat dan majaz buat semua pengunjung terutama calon SPM.

Perhatikan Arahan Soalan 31 hingga 33 ; jelaskan sebab tidak fasahah perkataan yang bergaris dibawahnya

jawapan 31 menjelaskan bahawa kalimat tersebut susah untuk disebut

( aku tinggalkan untaku memelihara الْهُجْخُعَ sejenis tumbuhan )

Sukar disebut kerana perkataaan yg panjang dan gabungan huruf yang hampir sama dalam susunannya



jawapan 32 menjelaskan bahawa kalimat tersebut jarang digunakan

Perkataan تكأكأتُمْ dan افْرنْقَعُوا jarang digunakan oleh orang arab lazimnya mereka menggunakan kalimah berikut

ما لكم اجتمعتم ؟ تنحوا و انصرفوا


soalan 33 pula ; kalimah tersebut bersalahan dengan kaedah saraf

Perkataan حالِلٌ dan يُحْلَلُ menyalahi kaedah sorof yang yang betul. Sebetulnya perkataan itu disebut bertanda sabdu حالّ و يحلّ dan bukan menambahkannya dengan satu huruf lagi



Soalan 34 hingga 37 pula ; tentukan hakikat dan majaz dalam jumlah berikut ;


soalan 34 : Imam Syafiee adalah pena umat. Pena adalah majaz bukan makna sebenar@ hakiki kerana ia hanya benda yang disandarkan kepada seseorang

soalan 35 : Sang Singa sedang berkhutbah di atas mimbar dengan bersemangat . Sang Singa adalah majaz bukan hakiki kerana singa tidak boleh berkhutbah. Sebaliknya yang sedang berkhutbah adalah Imam yang garang macam singa

soalan 36 : saya melihat laut sedang bersedeqah kepada orang fakir. Laut adalah majaz yang disandarkan kepada seseorang yang bersifat pemurah seperti laut

soalan 37 : Singa adalah haiwan buas yang hidup di hutan. Singa disini makna hakiki kerana memang singa hidup di hutan


Selamat maju jaya buat semua ... cemerlang dan gemilang bersama arab2u



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails