Wednesday, January 12, 2011

Berakhirnya legasi ayam kripton


Kisah pasal sistem rumah di SBPISB ni memang sensitif. Bukan sahaja pelajar malah para guru pun memang bersemangat mempertahankan maruah "rumah sukan" mereka. Sebagai ahli rumah Kripton @ kuning yang memiliki sejarah pencapaian TERBAIK sepanjang zaman ( he.he. ) pastinya kami akan melakukan perubahan BESAR dalam kancah pertandingan 2011 ini.

2 tahun kripton "melepaskan" tahta kejuaraan kepada rumah radon dan xenon ( he.he jangan marah ya) , jadi tiba masanya 2011 kami akan membuat kebangkitan semula. Kepada mana2 rumah yang leka dengan kejayaan lalu ... awas dan berhati-hati ya.




Terkini kripton telah mengeluarkan semua haiwan ternakan dan peliharaan yang tersimpan dalam reban kripton tu. Apa lagi ayam kampung yang comel tu la. Ustaz pun suruh bebudak asrama yang telah diberi tunjuk ajar sembelihan untuk menyembelihnya. 2 ekor kami sembelih. Seronok gak tengok dan perhatikan gelagat dia orang. Nak sembelih seekor je. penonton penuh stadium. ha.ha.

Hajat tu nak masak gulai atau kari 2 ekor ayam tu. Tapi tak semapaian. Sembelih punya sembelih tak mati-mati! Biasalah pengalaman menyembelih ni bukan semua orang boleh. kalau tak dicuba sampai tua pun tak berani. Ketar sana ketar sini lah jawabnya. Ustaz cuma senyum dan suka aje lah. Apa pun syabas kerana BERANI MENCUBA!!! Pendek citer terpaksalah dia orang tanam seekor ayam jantan dengan penuh hiba dan syahdu. he.he sayang ustaz! rugi ustaz! ustaz jawab... biar mati seekor tak pe .. yg penting kamu dah belajar sesuatu dari peristiwa tu.

Burung dah tak ada, ayam pun dah habis kena sembelih ... apa agaknya akan muncul di lanskap kripton 2011 ni???? tunggu dan nantikan semua .... selamat bercuti buat semua anak didik sbpiSB hari ini untuk cuti sempena balik pilihan bulan januari 2011.

Jaga diri baik2 . rajin2 tolong dan bantu mak ayah buat kerja di rumah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails