Wednesday, February 2, 2011

Selamatkan anak-anak kita di Mesir

Salam semua...

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Media utama di Malaysia menggambarkan perihal Egypt terkawal dan selamat. Namun percayalah hakikat sebenarnya hanya mereka di sana yang merasainya
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Go online, buka BBC, Al-Jazeera untuk maklumat dan perkembangan terkini. Apa yang pasti ahli keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia teramat risau dan rungsing dengan perkembangan yang berlaku. Panjatkan doa moga semuanya dipelihara Allah.


Betul ke khabar berita ni??

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.






Ya Allah...Kau Yang Maha Agung... Kami memohon kepadaMu...selamatkanlah anak-anak kami, sahabat2 kami di Bumi Mesir yg sedang bergolak itu... Hindarilah mereka dari kekejaman ahli neraka... Jauhi mereka dari sebarang kesusahan, Ya Allah.. Kau Yang Maha Mengasihani, kasihani mereka sahabat2ku Ya Allah... kasihani mereka saudara2 ku Ya Allah... kasihani mereka hamba2Mu Ya Allah... Kuatkan jiwa mereka Ya Allah... Tiupkan azam jihad ke dalam diri mereka Ya Allah... tabah tenangkan hati mereka Ya Allah... Bantu mereka Ya Allah... Selamatkan kakak2 kami di sana Ya Allah... Selamatkan abang2 kami di sana Ya Allah... Kami memohon Kau jaga dan peliharalah mereka di sana Ya Allah... Amiin Yaa Rabb.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails