Monday, March 28, 2011

Kursus Kepimpinan Potensi Diri

Tarikh
Mac 26, 2011 ( Sabtu)

Tempat
Institit Latihan Dakwah Selangor ( ILDAS)

Masa
Slot 1 : 2.30- 4.30 petang
Slot 2 : 9.00 - 11.00 malam

Peserta
Pelajar UiTM, Shah Alam






Syabas dan tahniah buat semua peserta kerana dapat mengikuti bengkel dengan begitu baik sekali. Walhal keadaan kesihatan ustaz sendiri tidaklah begitu baik dan pastinya keberkesanan penyampaian tu kurang baik. Tak keterlaluan kalau ustaz katakan antara peserta bengkel ustaz yang terbaik. Apa yang lebih penting adalah kefahaman kalian terhadap perkara yang disampaikan dan lebih penting dari itu mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Kembangkan sepenuhnya potensi diri yang ada dalam ruang dan kesempatan yang ada di sekeliling kalian waktu ini. Berikan yang terbaik kerana sesungguhnya Nabi SAW dan Allah sangat suka dan sayang pada hambnya yang jika melakukan sesuatu perkerjaan , dilakukannya dengan yang paling terbaik.


Jumpa lagi dan selamat maju jaya.

6 comments:

Anonymous said...

Syukran ustaz..semoga kami dpt kembangkn ilmu yg ustaz berikan pd org ln..amin

Anonymous said...

syukran ustaz...'al-ilmu bila a'malin kassyjarah bila samarin'....best ceramah ustaz..jmpa lg...wassalam

Anonymous said...

InsyaAllah kami akan gunakan sebaik-baik nya ilmu yg diberikan oleh ustaz dan seterusnya berkongsi dgn rakan2 yg lain di sini...
Terima kasih ustaz...
=)

Anonymous said...

SALAM USTAZ,

TERIMA KASIH UTK 2 HARI TERBAIK DALAM TAHUN INI.BYK INPUT BERMAKNA DAH DAPAT KT ILDAS.BENGKEL USTAZ PON TERBAIK.APA YANG USTAZ SAMPAIKAN RASA TERKESAN D HATI.INSYAALLAH JUMPA LAGI NANTI.

-HAMBA ALLAH-

Anonymous said...

salam,
terima kasih ustaz..mudahan2 apa yg ustaz smpaikan jd pegngn dan panduan hidup saya...=)

ust amir said...

terima kasih semua. tak ada apapun yang ustaz berikan hanya sekadar perkongsian pengalaman lampau buat renungan kalian semua yang pastinya bakal menjadi pemimpin di era 2020 kelak. Jaga diri dan teruskan usaha memburu kecemerlangan dunia dan akhirat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails