Monday, March 28, 2011

Pemantauan program

27 Mac 2011 , jam 11.30 pagi alhamdulillah sempatlah jugak akhirnya ustaz sampai ke tapak perkhemahan kursus badan kepimpinan pelajar di Kem Desa Selesa, Tg Malim ni setelah hampir 2 jam perjalanan dari sekolah .


















Sememangnya kem ini amat sesuai untuk aktiviti seumpama ini. Satu masa dulu , ustaz sendiri pernah urus mukhayyam bahasa arab PMR di sini. Memang best kerana dikelilingan kawasan hutan dan dusun buah buahan serta kawasan rekreasi khususnya air yang amat sesuai untuk bersantai












sebaik sampai dan melihat gelagat abang dan kakak-kakak asrama tu beremdan dalam air , apa lagi 2 bujang ustaz ni pun tumpang sekaki. Dengan "baju jalan" tu lah dia rang main air. Tak benarkan ... meronta-ronta nak mandi jugak






Ustaz pulak dihidangkan buah durian yang bermutu tinggi ni ha ... apa lagi. lupa lah pasal anak dua orang tu sekejap.

















Paling best sejak pertama kali kami buat aktiviti di sini dulu adalah ... musim buah yang pastinya amat menarik untuk dinikmati bersama. Sayangnya buah manggis tak berapa menjadi tahun ni.
Memang best kalau bawa family ...



Apa pun syabas dan tahniah kepada Cikgu Rashid dari Bimbingan Kaunseling dan Ustaz Kamal dari unit Disiplin kerana berjaya menjayakan kem ini. Tidak lupa semua rakan guru yang turut serta sebagai guru pengiring dan pendamping.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails