Thursday, May 12, 2011

Santai BBQ untuk Zura dan Siti

Rabu May 11,

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat kami sekeluarga menghadiri aktiviti BBQ santai khusus untuk meraihkan 2 orang sahabat guru yang bakal mengakhiri tempoh latihan mereka di SBPI Sabak Bernam iaitu cikgu Norazura Amjah ( Kimia/Matematik) dan cikgu Siti Rohani Mohd Shahar ( Matematik ) . 2 orang guru yang sangat berdidikasi dalam melaksanakan amanah dan tugas mereka. Tahniah dan syabas dari kami warga SBPI Sabak Bernam.




















Tukang bakar ikan yang dibawa khas dari Umbai Ikan Bakar Melaka.


















Diadakan di Teratak Umi Chalet ; Inap Desa dan Kem Bestari , Kampung Banting , Sabak Bernam turut dihadiri rakan-rakan guru wanita khususnya dan rakan-rakan dari bilik Ketua Bidang yang berkelapangan dan berkesempatan bersama-sama meraihkan mereka




















Terima kasih kepada Tuan Haji Idris Idhan Napiah , pengusaha Teratak Umi Chalet (duduk) turut sama membantu menjayakan aktiviti ini.

















Ustaz Nordin Tohir PK Kokurikulum berkesempatan menyampaikan cenderahati kenangan kepada cikgu Azura dan Cikgu Siti Rohani






















Walau dimana saja mereka bersama dan berada ... keriangan wajah mereka ini pasti tetap terpapar. Terima kasih kepada semua. Selamat berjuang untuk Cikgu Azura dan Siti Rohani di dunia pendidikan yang penuh cabaran ini. Foto lain akan dimuatkan dalam blog

http://hemsbpisb.blogspot.com/2011/05/terima-kasih-cikgu.html








Maklumat lanjut berkaitan penginapan ala kampung ini boleh hubungi

Norsyidah Saian
019 284 6550

email
idrisidhan@gmail.com

Sewaan HANYA antara RM45 dan RM65 SAHAJA

Memang berbaloi

1 comment:

Makbonda said...

Assalamualaikum,

Tahniah ustaz kerana telah menginap di Teratak Ummi,patut mintak komisyen pada Tn Hj idris kerana memperomosikannya.

Melawatlah ke blog saya untuk menerima ucapan Selamat hari Guru.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails