Friday, January 30, 2015

Hay Group Surveys ?

Alhamdulillah dengan izin Allah tergerak semula untuk meneruskan perjuangan di sini. 2015 ini pastinya memberikan cabaran yang lebih besar kepada semua rakyat Malaysia dan negara. Sudah pasti ini menuntut kita untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin dalam segala aspek diri baik dari sudut keilmuan, kemahiran, kewangan dan yang lebih penting adalah sikap dan pemikiran kita.

Dipenghujung bulan januari ini ustaz dikunjungi satu email yang menuntut untuk ustaz melihat kembali akan nilai dan prestasi diri, membuat muhasabah dan mencari sesuatu yang lebih bermakna. Doakan semoga ia kelak akan mampu memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri dan keluarga malah yang jauh lebih penting buat agama dan negara.




Barangkali ini adalah isyarat untuk panggilan ke kursus kepengetuaan atau lebih dikenali sebagai NPQEL  yang menjadi syarat wajib dan asas sebelum kenaikan ke jawatan pengetua bermula 2015 ini. Mohon doa dari semua

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails