Friday, May 1, 2009

ALLAH JUA KEKAL BUAT SELAMANYA

Assalamualaikum kepada pengunjung budiman

Seringkalikah anda rasa kecewa, rasa amat sedih, amat tertekan, amat marah, binggung, hilang kawalan dan pertimbangan sehingga bertindak di luar kesedaran dan kewarasan anda ??

Pernahkah anda rasa kehilangan, rasa tidak dihargai dan tersisih??

Islam mengajar dan mendidik kita umatnya dengan aqidah dan KEPERCAYAAN yang ampuh dan mantap sebagai satu bentuk pertahanan dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan.

Walau apa pun yang berlaku kita diingatkan supaya mengingati Allah. Allah Maha Berkuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui atas segala apa yang berlaku.

Allah berfirman, ; " Apa jua yang kamu miliki akan binasa ( hilang dari sisi kamu) akhirnya dan apa yang Allah miliki akan kekal selamanya "

Sebelum ini sebagai contohnya kita berharta, ada kuasa, ada pengaruh, ada keluarga, ada rakan, ada kekasih malah ada kehidupan tersendiri. Namun jangan lupa sekelip mata semua itu boleh hilang dari kita.

Dulu kita ramai kawan dan berpengaruh kini keseorangan , sebelum ini kita berkeluarga dan berharta sekelip mata kita tiada apa dan sesiapa lagi. Sebelum ini kita dihormati, disayangi dan dihargai tapi kini semuanya tiada lagi. Setahun lalu kita sihat dan cergas, hari ini kita terlantar sendirian tanpa ada siapa yang peduli.

Justeru itu hargailah apa jua yang kita miliki dan jangan melampaui batas . Hargailah ibubapa dan teman taulan , hargailah kesihatan dan kelapangan, hargailah kuasa dan kedudukan, hargailah peluang dan kesempatan yang ada. Hargailah apa jua anugerah Ilahi kerana sesungguhnya Allah tiada suka mereka yang melampaui batas dalam hidupnya.

Percayalah apa jua yang kita lalui, ada sesuatu untuk difikiri dan direnungi. Sesungguhnya Allah tidak sama sekali menjadikan sesuatu dan membiarkan sesuatu perkara itu berlaku dengan SIA-SIA. Cuma kita GAGAL mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku.


Semoga Allah tetap terus memelihara dan merahmati kita semua. Salam Perjuangan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails