Wednesday, April 29, 2009

BAT 1 NAHU

Assalamualaikum ...

sekarang kita cuba menggunakan bahan latihan BAT 1 kalimah seerti dan berlawan sebelum untuk menjawab soalan berikutnya dalam kertas BAT 1 iaitu bahagian nahu. Terdapat pelbagai format soalan di sini. Calon MESTI memahami kehendak soalan dengan jelas. Bertanya kepada guru sekiranya kamu tidak faham maksud soalan. Sebagai contoh ;

soalan 1 ini berbeza kehendak jawapannya dengan soalan 2 dibawah.

soalan 1

بيّن موقع الاعراب الكلمات التى تحتها خط
نجَحَ الطاِلبُ نجاحاً باهراً في الإمتحانِ

soalan 2

اعرب الكلمات التى تحتها خط
نجح الطالبُ نجاحاً باهِراً في الإمتحان

HURAIAN :
Soalan 1 hanya berkendakkan calon menjelaskan posisi i'rab dengan tepat sahaja untuk mendapat 2 markah penuh .


باهرا : نعت / صفة

Berbeza dengan soalan 2 di atas calon dikehendaki menjelaskan posisi i'rab, hukum i'rab dan alamat atau tanda i'rab yang betul.

باهراً : نعت منصوب بالفتحة
نعت : 1
منصوب : 2/1
الفتحة : 2/1

Oleh itu pemahaman teknik menjawab yang tepat amat penting bagi mengelakkan pemotongan markah dalam peperiksaan kelak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails