Monday, May 4, 2009

Kemahiran Kaunseling dalam PnP

Assalamualaikum kepada rakan guru dan pengunjung budiman

Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya fikir dan yakin amat penting dalam profesion kita sebagai guru iaitu kemahiran KAUNSELING.



Saya mengamalkan ilmu dan kemahiran kaunseling sejak mula mengajar lagi. Walaupun pada peringkat awal memang tiada kursus khas yang saya hadiri sehingga melayakkan saya untuk mendapat pengiktirafan seperti sijil atau diploma tetapi saya mengaplikasikan ilmu berkaitan kaunseling dalam kehidupan seharian saya. Namun akhirnya dapat juga saya mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu di Maktab Perguruan Islam Bangi untuk mendapatkan sijil kaunseling pada tahun 2005 lalu.


Sebagai seorang guru, kita MESTI dan perlu memiliki kemahiran2 ini untuk mempertingkatkan kualiti diri kita bila mana berhadapan dengan para pelajar. Kegagalan kita mengenalpasti kemahiran ini dan mengamalkannya dalam proses PnP , sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi hubungan kita dengan para pelajar.

Sebaliknya dengan memiliki dan menguasai ilmu ini, bukan sahaja akan mampu mempertingkatkan kualiti hubungan antara murid dan guru malah mampu menarik perhatian serta tumpuan pelajar terhadap dalam proses PnP yang kita jalankan.


InsyaAllah dalam siri pertemuan TAZKIRAH akan datang kita akan membicarakan perkara ini dengan lebih mendalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails