Sunday, May 17, 2009

Prinsip CUT APPLE A dalam pembinaan hubungan

RENUNGKAN .... PERNAHKAH PARA PENGUNJUNG BUDIMAN MENGALAMI SITUASI SEPERTIMANA BERIKUT ;

1. Di asrama, sekolah atau di IPT ; dipulau, disisih, sering dihina, tiada kawan
2. Di rumah ; sering bertengkar dengan ibubapa dan adik beradik,
3. Di pejabat ; rasa tidak dihargai, sering berselisih faham dengan majikan atau rakan sekerja

JIKA INI BERLAKU ... Kehidupan sosial anda sebenarnya telah TERJEJAS. Anda memiliki HUBUNGAN SOSIAL yang RENDAH. Ini boleh menjejaskan pelbagai aspek kehidupan anda. Emosi, mental, fizikal, prestasi kerja dan pencapaian semuanya boleh tergugat hanya kerana anda gagal membina hubungan yang baik dengan orang di sekeliling anda.

Sesungguhnya dalam penciptaan manusia yang berbilang bangsa dan keturunan , pelbagai bahasa dan budaya mempunyai satu rahsia dan matlamat untuk dicapai iaitu saling berkenal-kenalan, membina hubungan dan seterusnya mencari keredhaan Allah dengan jalan TAQWA.

Namun usaha dan hasrat ini tidak mudah dicapai melainkan dengan ilmu, pengetahuan dan kemahiran yang tertentu. Guru sebagai pembimbing dan anak-anak pelajar bakal pemimpin di masa hadapan perlu memahami dan memiliki kemahiran membina hubungan ini agar dapat berfungsi dan berperanan dengan baik serta berkesan

Dalam kesempatan ini, ustaz akan kongsikan ciri-ciri atau nilai-nilai penting sebagai panduan dan tips asas untuk rakan, sahabat atau menjadi pembimbing yang berkesan.





Ikuti siri huraian lanjut dalam blog ini ........ ustaz akan cuba berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu berkaitan kegunaan prinsip CUT APPLE A dalam membina hubungan sesama manusia samada di rumah, di sekolah, di tempat awam, di tempat kerja atau di mana juga. Keyahui, fahamai dan hayatilah prinsip CUT APPLE A ini dan cuba amalkan dalam hidup seharian anda.

Selamat beramal dengan prinsip CUT APPLE A!!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails