Thursday, May 28, 2009

Slumdog Millionaire

Awal pagi tadi ustaz bangun jam 4.15 pagi. pertamanya khadijah menangis dan keduanya memang kena bangun awal sebab kena bawa rombongan ke UKM untuk program permata pintar. Siapkan basuh baju dalam mesin terus kejutkan anak2 di asrama takut tak terjaga lagi sebab janji bergerak jam 5.00 pagi.

Rupanya tiba di asrama sebahagian anak2 tu tengah menonton MU vs Barca final piala Eropah. Tak pa lah sebab memang dah tahu dia orang minta kebenaran ustaz ahmadi dan warden. Kesian mama ... ustaz tinggalkan dia dengan tak sempat jemurkan baju anak2 . Biasanya tu rutin ustazlah tiap pagi sebelum ke sekolah. Hmm ... mesti ustaz boleh bayangkan betapa kelam kabutnya mama tanpa ustaz di awal pagi. Pendek kan cerita ... kami tiba di UKM jam 9.45 pagi. Rupanya majlis tak mula lagi. Sabar jer lah .... Ada sarapan disediakan pulak tu. walhal sebelum kami dah berenti sarapan sebab takut terlewat dan tak disediakan makanan. Terbang rm4@5 .... Sebaik saja selesai uruskan rombongan dengan bantuan cikgu mahfuzah ( guru baru praktikal subjek KHB dari UPSI asal Johor) ustaz teruskan teman pacik Hamir uruskan perihal bas.

Selesai acara lebih kurang jam 2.30 petang terus bertolak balik. Sempat singgah di Klang Parade ... apa lagi bebudak tuuuuuu , shopping sakan lah. Mc D lah, ais krim lah , pop corn .... ntah apa 2 lagi. Ya lah bebudak asrama memang cam ni... sesekali boleh keluar asrama tu lah pun hiburannya. Ustaz membesar dari kecik malah menua pun di persekitaran asrama, jadi dah masak sangat keperluan dan kehendak bebudak asrama. Tu sebab ust minta izin ustaz ahmadi,ust jaafar untuk menyinggah jap sebelum balik ke asrama. Kesian Nabihah sebab demam . Sempat belikan panadol lepas tu minta dia berehat di surau jer .

Sempat gak ustaz dan paksin Hamir tu main bowling sementara menunggu. Yang menariknya untuk dikongsi sebenarnya adalah pasal cerita india yang ditayangkan dalam bas tu. Amierul Rieza lah yang membelinya ....

Kisah Jamal Malik pemuda berusaia 18 tahun dari Mumbai yang memenangi hadiah utama berupa 20 juta rupee india dalam program " Who Want to be a Millionaire? " . Sangat menarik kisahnya malah bagi ust amat memberi makna.
PENGALAMAN HIDUP kita akan menjadikan kita dewasa. Apa jua bentuk pengalaman yang kita lalui, sesukar mana sekalipun atau sederita mana ia tetap ada HIKMAH disebaliknya yang kita tidak tahu kerana semua itu adalah PERANCANGAN dan KETENTUAN Allah ke atas setiap dari kita. Kita fikir mungkin ia satu keburukkan dan azab tetapi sebenarnya ia adalah senjata sulit yang akan memenangkan kita di masa hadapan. Atau mungkin kita rasa sesuatu pengalaman hidup itu amat indah dan membahagiakan ... tetapi sebenarnya ia adalah titik tolak DERITA yang berpanjangan di penghujungnya. SIAPA TAHU PERANCANGAN ALLAH?
Dari seorang kanak2 yang hidup berpelesaran, dalam sebuah , masyarakat yang melarat dan merempat, tiada pendidikan dan berpelajaran malah buta huruf akhirnya menjadi jutawan sekelip mata!!!! Ironinya setiap soalan yang dikemukakan kepadanya mempunyai jawapan hasil dari pelbagai pengalaman dan liku-liku hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini. Bermula dari kegilaannya terhadap bintang pujaan Amitah Bachan sehingga kepada kematian ibu di hadapan mata sendiri dan kehilangan kekasih yang dicintainya.

apa rahsaia KEJAYAAN Jamal Malik ??????
KESABARAN DALAM MENGHARUNGI CABARAN DAN PENDERITAAN HIDUP.

Adakah kita cukup derita dalam hidup ini? Derita sangat ke duk kat asrama yang dibekalkan makanan RM10 sehari berbanding zaman ust dulu2 RM4.50? ( ntah tak berapa ingat dah ) atau tak tertahankah kamu belajar di SBP hingga meronta2 untuk berpindah?????? Ingat dan insaflah .... sesusah-susah kamu, sederita-derita kamu, ramai lagi rakan-rakan kamu yang lebih derita di luar sana. fikir-fikir dan renung-renungkan lah .

Terima kasih kepada semua anak-anak yang terlibat kerana patuh arahan dan memudahkan kerja ustaz sepanjang program berjalan. Kamu sememangnya anak2 yang baik dan bijak.
Buat Isteri tersayang ... terima kasih membantu menguruskan anak2 di rumah dengan baik. terima kasih kerana menjadi seorang sahabat yang amat memahami dan penyabar . Pengorbananmu tak kan ku persiakan.

** Ust bersyukur dengan setiap apa yang ada, usaha perbaiki kelemahan yang ada, cuba lakukan yang terbaik dalam setiap kerja .... sementara masih ada kesempatan yang diberikan oleh Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails