Sunday, June 7, 2009

Saling Memahami dalam membina hubungan


prinsip CUT APPLE A seterusnya ialah (U) UNDERSTANDING atau kemahiran untuk MEMAHAMI orang lain. Dengan kemahiran ini bukan sahaja orang selesa untuk terus bergaul dan berdamping dengan kita malah ia mampu membawa perhubungan ketahap yang lebih baik iaitu saling percayai mempercayai antara satu sama lain dan rasa amat dihargai.

Kemahiran ini juga akan menjadikan kita seorang yang amat bertolak ansur dalam hubungan atau interaksi seharian kita. Ini kerana kita sedia menerima mereka seadanya, melihat kelebihan dan kekurangan orang lain sebagai pelengkap dalam hubungan kita.

Namun mengapa sering terjadi anak memberontak dengan tindakan kedua ibubapa? isteri atau suami membawa haluan sendiri setelah bertahun membina mahligai rumahtangga?
Pada masa yang sama berlaku hal SEBALIKNYA atau lebih buruk .. suami atau isteri menjalin hubungan sulit dengan orang lain, anak lari bersama pasangan, bos dan staff,guru dan murid menjalin hubungan sulit diluar batasan dan seumpamanya.


JAWABNYA mudah.. "si A tidak FAHAM manakala si B.. AMAT MEMAHAMI perasaan dan kehendak atau keperluan saya".

Oleh itu, suka ustaz mengingatkan diri sendiri dan para pengunjung budiman, BELAJARlah MEMAHAMI ORANG LAIN dan gunakan kemahiran tersebut untuk mencari redha Ilahi ...

BERHATI-HATI ...
Jika anda mula merasakan orang lain memahami perasaan atau kehendak anda sepenuhnya maka di situ akan ada ruang untuk orang lain MENGAMBIL KESEMPATAN terhadap diri anda.

SELAMAT BERAMAL dengan prinsip CUT APPLE A dan semoga hidup anda hari ini lebih baik dari kehidupan semalam ....



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails