Saturday, June 13, 2009

Kupasan Modul Cuti Terancang

Assalamualaikum kepada semua pengunjung khususnya anak didik dari SBPISB. Atas permintaan beberapa pelajar, ustaz akan cuba mengulas beberapa perkara berkaitan modul cuti terancang yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan sepanjang cuti ini. Moga siri latih tubi dan gerak gempur pembelajaran Bahasa Arab Online ini dapat membantu anak2 semua.

Dalam modul yang dibekalkan, beberapa tajuk khusus telah dipilih antaranya ;
المنصوبات ، التوابع ، الحروف و أنواعها ، المجرورات
التمييز ، الممنوع من الصرف

Apa yang penting, pertamanya pelajar mesti memahami dan menguasai tajuk yang diberikan di atas ini. Kedua nya pelajar mesti memahami maksud dan kehendak soalan yang dikemukakan. Kegagalan pelajar memahami kehendak soalan itu... akan mengundang kepada salah faham dan terkeluar dari skema pemarkahan yang sepatutnya. Hal ini akan ustaz huraikan kemudian nanti.
Mari kita lihat satu persatu soalan yang diberikan ;

الممنوع من الصرف ialah satu kata nama yang dikecualikan dari baris كسرة ataupun تنوين pada akhir hurufnya kecuali bilamana ia dalam 2 keadaan iaitu beserta dengannya alif lam atau dalam keadaan Idhofah . Jika ia dalam 2 keadaan tersebut maka dengan sendirinya perkataan tersebut berhak menerima baris bawah dan tanwin yang terlarang sebelumnya . Perhatikan arahan soalan yang diberi ;

ابحث الممنوع من الصرف فيما يأتي
( cari mamnuk min sarf pada ayat berikut )
contoh soalan

وصلت ليلى الى منزلها متأخرة
dalam contoh soalan di atas, jawapannya ialah kalimah ( ليلى ) kerana ia adalah kata nama yang diakhiri dengan huruf alif maqsuroh iaitu salah satu dari bahagian mamnuk min sarf

شكّل الكلمات التي تحتها خط
( bariskan perkataan yang bergaris dibawahnya)
contoh soalan
يستريح الضيوف في فنادق كبيرة


أعرب الكلمات التي تحتها خط
( I'rab perkataan yang bergaris dibawahnya )
contoh soalan
افتتحت المدارس الينية في جميع أنحاء البلاد

Perhatikan kalimah ( فنادق ) dan ( المدارس ) . Keduanya adalah mamnuk min sarf kerana terbina atas wazan ( مفاعل ) iaitu salah satu bahagian mamnuk min sarf . Tetapi adakah kedua-dua kalimah tersebut tidak berhak menerima baris bawah ( كسرة ) dan tanwin ( تنوين ) atau sebaliknya.

Perlu diingat, sebelum menjawab kenal pasti adakah kalimah tersebut memenuhi syarat utk menjadi mamnuk min sarf atau sebaliknya seperti penjelasan di atas tadi.

Seterusnya kita teliti perbahasan kedua iaitu ( المنصوبات ) . Perhatikan 4 jenis arahan dalam bahagian ini dan cuba fahami dengan baik.


soalan 1 ( masukkan huruf nasab dalam tempat kosong berikut )
أدخل أداة من أدوات النصب في الفراغات الآتية
huruf-huruf nasab itu ialah :
( أن ) =
( لَنْ ) = tidak sama sekali
( اذَنْ ) = jadi
( كَيْ ) = supaya

soalan 2 ( tentukan mafu'l bersama penjelasan jenisnya dalam jumlah ayat berikut)

عيّن المفاعيل مع بيان أنواعها من الجمل الآتية

Soalan ini menghendaki calon mencari mana satu perkataan maf'ul dan
tentukan jenisnya iaitu :
( المفعول به ) ( المفعول مطلق ) ( المفعول لأجله ) ( المفعول فيه ) ( المفعول معه )

soalan 3 ( jelaskan sebab nasab dan tandanya bagi perkataan bergaris )
وضّح سبب النضب و علامته للكلمات التي تحتها خط

Soalan hanya menghendaki calon sebab nasab sahaja tanpa perlu menjelaskan hukum dan tandanya yang tertentu

soalan 4 ( jelaskan kedudukan i'rab bagi perkataan manssub yang berikut )
بيّن موقع الإعراب للكلمات المنصوبة الآتية

Soalan memerlukan calon menjawab kedudukan i'rab sahaja. taidak perlu jelaskan hukum dan tanda hukum dengan lengkap.


Huraian lanjut ... nantikan seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails