Tuesday, June 30, 2009

Rangkuman berita terkini SBPISB

Dikemaskini pada hari ini ; July 2, 2009 ( Khamis )

Alhamdulillah dapat juga akhirnya melapangkan masa untuk membuat catatan di sini. Sejak 2 minggu lalu sememangnya kami di SBPI Sabak Bernam ni dihidangkan dengan pelbagai kegiatan yang tiada penghujungnya. Bermula dengan karnival Kerjaya, Nadwah peringkat sekolah, Hari Kokurikulum kali ke 4, Interaksi Waris tg 3 dan 5 hari Rabu , Interaksi Waris tg 1, 2 dan 4 pada hari khamis . InsyaAllah tugas ustaz akan bersambung dengan kursus profesionalisme guru-guru bahasa arab negeri Selangor di Pulau Pangkor pada 5-7 julai depan.


menikmati hidangan roti aneka pilihan rasa malaysia , hmm.. berselrea nampaknya


contoh yang baik.. masih sempat bertazkirah walaupun di tengah kebun



tu masak ke mandremmmmm ..


saat dan detik yang dinanti-natikan ...


Oh ya , berkaitan hari koko tu banyak yang menarik nak diceritakan sebenarnya. Maklumlah masing2 berlumba2 nak cari untung 2 tahun sekali. macam2 kerenah dapat dilihat. Ustaz dengan bantuan team basket alhamdulillah dapat melaksanakan misi kali ini dengan gemilangnya ..... walaupun cuma berniaga petang jumaat dan hari sabtu saja sebab kena balik kampung di banting utk kenduri kahwin anak saudara di kg tapi dapat juga menyaingi jualan rakan2 lain yang all out sampai tengahari sabtu tu. Hmm .. top 4 lah dalam jualan tertinggi. First PERSIS rm1620+- ( cayalah mama and the gang) , ragby rm1560 pas tu , basket rm1523 leee he.he . Badar pun kencang jugak dengarnya. Tapi tak kurang yang sugul dan bersedih sebab tak dapat bersaing dengan baik. biasalah adat berniaga.... ada untung ada rugi. cuma dalam perkiraan ust ... pentingnya kemahiran dan ilmu dalam mengusahakan apa jua bidang kerja tanpa mengenepikan tawakal dan konsep rezeki yang semua dengan kehendak Allah jua. Dalam persaingan jangka pendek tempoh hari ... sapa bersedia dengan strategi dan peka terhadap perubahan persekitaran dapatlah meraih keuntungan lebih berbanding pesaing lain.



usahawan gigih ... ustaz Ahmadi dengan produk halal HPA nya





haa... ni nak tunjuk cara buat air yang powerrr... tengok .. jangan pandang belakang

Tapi penatnya memang tak terhingga. maklumlah semua buat sendiri. bermula dengan penyediaan air dirumah hinggalah memasak di gerai tu. alhamdulillah geng basket bagi full komitmen.... terima kasih pada hafizudin, hazim, khair, mimi, intan,ros nadia, ilham dan ramai lagilah . so dengan hasil pendapatan ini .... projek baru dah dirangka utk team basket. sekarang kira nak bisness jer. he.he. Sasarannya apa lagi .... pagi ahad lah kami buat bisnes seterusnya. tahu2 je lah duk asrama tu lapar memanjang. prep tak seberapa ...... makan nya lebih !!!! he.he gurau je. bukan SBPISB sekolah lain lah.

alhamdulillah ramai gak bekas pelajar yang hadir .... hmmm .. pelbagai rupa dan gaya yang terpapar. tapi yang penting ingatan kalian pada kami semua di SBPI ni. cuma pesan ust... pandai2 bagi haluan hidup di luar sana. ikut hati, mati, ikut rasa binasa...... ikutlah panduan agama, selamat dunia akhirat.


" subhanallah .. la haiii .. jadi jadi anak dara kamu semua ni"
rasa macam baru keluar je dia orang ni ..

Pelajar PMR minta ustaz buat kem macam tahun lepas di hulu bernam. memang dah uruskan tempat tu di ulu yam cuma dia orang pulak yang berbelah bagi nak buat ke idak. ya lah semua nak pakai duit. dengarnya masing2 lepas pmr dah plan nak buat trip. ada ke utara, pantai timur dan mana lagi ntah.... tu yang tak berapa nak bersungguh nak buat kem ni. tahun lepas saja badget rm10 ribu lebih. cuma untung nya kami rancang dan bertindak awal tahun lagi. tahun ni masing2 tak bergerak sebab tiada lagi konsep permata 3 atau 2 seperti tahun lepas. jadi malulah nak angkat diri jadi leader kan .. kang orang kata apa pulak. hmm.. bukan salah dia orang kalau tak berinisiatifkan. alhamdulillah semalam semasa interaksi waris form 3 dan 5.. persetujuan dan kesepakatan dapat diambil. jadi kira on lah program ni. insyaAllah akan berlangsung di batang kali pada 17-19hb depan. mudahan semuanya berjalan lancar.


Program Interaksi Waris pun berjalan baik dan lancar. Ramai juga yang hadir walaupun hari bekerja ... terharu melihat komitmen dan pengorbanan para ibubapa demi sebuah kejayaan untuk anak tersayang ...


kaunter panas form 5.... apalagi??? fizik kimia biologi lah jawabnya. BAT tu ... cool sikit


ha.. mentor ustaz tuan Haji Rizuan Atan (Guru Cemerlang Gred Khas C ; bahasaMelayu )



Ha.. kiranya hari ni interaksi waris form 1,2 dan 4 pun cam nilah lebih kurangnya. Exam kelas yang lain ada program Julang . so setakat ini laporan terkini dibawa khas untuk anda semua dari kami di ; arab2u.blogspot.com

jumpa lagi dengan berita selanjutnya di masa akan datang. Wassalam.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails