Saturday, July 4, 2009

nota balaghah tg4 majaz dan hakikat



Assalamualaikum buat semua pengunjung dan calon SPM 2009..

Dalam siri pembelajaran bahasa arab online ini, kita teruskan dengan membahaskan nota balaghah tingkatan 4 diikuti tajuk2 lain selepas ini. Perhatikan senarai tajuk pada peta minda di atas. Sebagai muqaddimah, ustaz mulakan dengan tajuk yang mudah difahami supaya mampu meningkatkan minat pelajar untuk terus bersama kami dalam arab2u.blogspot.com ini ....





Perhatikan arahan soalan di atas ;

Tentukan jenis hakikat dan majaz pada soalan berikut .

Soalan ni menghendaki calon menentukan samada ayat tersebut dari jenis hakikat atau majaz. Oleh itu pertimbangan utama adalah mengenalpasti kalimah yang yang dimaksudkan dan qorinah yang menghalang dari ia menerima maksud sebenar. sebagai contoh ...


يمشي البحر في المسجد
Laut sedang berjalan di masjid

Apa yang diperhatikan, perkataan LAUT bukan memberi maksud sebenar , ini kerana LAUT tidak boleh berjalan dan LAUT juga bukan tempatnya di dalam masjid.
Jadi perkataan berjalan dan masjid adalah "qorinah" yang menghalang perkataan LAUT dari menerima maknanya yang sebenar.



رأيت القمر في الليل
aku telah melihat bulan pada waktu malam
Perkataan bulan memang memberi maksud sebenar kerana adanya perkaitan sebenar( علاقة ) dengan perkaataan malam

Untuk lebih mendalami tajuk ini, cuba perhatikan nota berikut di bawah ini ..
Arahan soalannya ;
Tentukan hakikat lughawi dan majaz lughawi . Sebenarnya benda yang sama je seperti di atas tadi .








Bahasa Arab Tinggi terus gemilang bersama arab2u.blogspot.com

1 comment:

Syawalynn Zain said...

Salam,ustaz. knp tdk sertakan jawapan utk latihan2? supaya kami dpt menyemak jwpn kami. Kalau boleh sy nk minta pandangan ustaz. Sy akn memasuki ting 5 thn hdpn(2013)dan sy berminat utk blajar bahasa arab tggi dan ambil bat utk spm.tp di sekolah sy tiada tenaga pengajar utk bat dan sy kena blajar sendiri. tp, semasa sy di ting 4, sy lgsung x blaja apa2 ttg bat. kiranya sy baru nk start blaja skrg.sy ada ambil b.arab komunikasi smsa pmr dan dpt A. Soalan saya,patut kah sy ambil bahasa arab tggi utk spm pd pandangan ustaz. dan kalau boleh sy nk minta jasa baik ustaz tlg berikan link utk nota tajuk pertama bat ting 4.

#Syukran jazilan ya ustaz. very nice blog! =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails