Thursday, July 30, 2009

SANTAI

Alhamdulillah ... gaji bulan julai dah keluar . Hmmm .. biasalah kita guru2 atau kakitangan kerajaan ni, lega rasanya bila dapat gaji. Tapi tak lama pun .. paling kuat atau lama 4 hari habislah untuk bayar pelbagai utility atau bil dan hutang. Ni lah cabarannya!!!

Cam kami di SBP manalah ada masa nak buat kerja luar ... kalau ada pun memang terpaksa dihadkan kerana cabaran dan komitman yang tinggi di SBP. Ada idaknya??? semua nak AAAA!!
Alasan.. semua pelajar masuk dengan A. OK tu no komen .. yang penting buat pada ustaz kita buat dan beri yang terbaik dengan kerja keras dan usaha gigih kita. Soal keputusan atau result tu bagi ust mudah saja... itu urusan Allah! Jika usaha terbaik kita dah berikan pada anak didik kita TAWAKAL saja lah lepas tu. Sapa kita di sisi Allah? Hebat sangatkah ke kita rasa dengan apa yang kita ada? Apa yang usataz YAKIN ...Allah tidak persiakan segala usaha baik dan kerja kita. Kalau ya pun tak dapat .... tentu ada pengajaran Allah nak beri. Sabar je lah ...

Ops .. sambung citer tadi. Bila gaji biasanya ust bawa keluar family makan diluar. Ya lah ... adalah sedikit refreshing dalam aktiviti family kan. Anak2 boleh rasa seronokk, isteri boleh rehatkan minda dan legakan hati , kita pun tumpang happy kan. Di Sabak atau Sg Besar ni tak banyklah pilihan restoran besar dan hebat2 macam di KL tu. Tapi sekadar merasa sikit kelainan tu ada.... contohnya NZR ni ... kita OK lah . Kami ke situ sebab anak2 suka western food cam beef steak, ayam chop!! Kat umah pun boleh buat menda2 tu tapi cam ustaz kata tadi ... biarlah ada penyegaran dalam aktivti hidup kita ni. Betul tak?



hmmm .. tengoklah tu beseleranya dia orang tu.

ewwah... senyum meleret kena belanja abah yer!!

Yang ni pulak menu ustaz terkini kat umah. Sibuk sangat sampe tak menyempat nak pelbagaikan masakan. Udahnya lepas ustaz goreng ikan siakap tu ... letak je sambal kicap special mama tuuuu .. abih gak udahnya. Nak tambah selera, ustaz buatkan sup cendawan . Hmmm ... senyum mama ustz buatkan untuk dia sup!!! " sayangggg .. abang " katanya lagi. Ha ... tu lah ustaz dah pesan pada kamu semua di surau selalu atau dalam kelas kan. Banyak tolong orang mesti orang sayang kite. betulkan???? Nabi pun dah pesan " sesiapa sentiasa membantu saudaranya , Allah akan sentiasa membantu dan mempermudahkan segala urusannya" heyyy.. kamu tak mahu ke jaminan nabi tu. pasal tu lah ustaz suka tolong orang!!


ikan ngan sup ni senang je nak sediakanya.

campak je semua benda dalam kuali ..panaskan lepas tu angkat lah untuk hidangan


Tapi yang kat bawah ni sup special ..... bukan ust yang buat. Warna pun dah lain. kalau malas mcam ust punya tu ... cerah semacam je. yang rajin dan istimewa macam bawah ni ... nampak gelapnya. Yang ni kami makan di Ani Sup Utara di Shah ALam lepas shoping baju raya anak baru2 ni . TTak nak kelam kabut last minit... kami beli awal2 .




Bab shoping .... memang ustaz suka temankan mama ni. kemana pun mesti ust ikut punyalah . Cakap je kat na ... jom abang bawakan. Tapi masa kita free le. Bab jaga baby atau anak .. serahkan pada ustaz. Pandailah aku jaga atau membesorkannya!!! he.he. susah2 sangat kalu dah penat menemankan " ayang" tu .... ustaz letak aje kat longgokan baju2 di shoping center tu. biar dia nganis kejap. Ada lah huburan kite kan.


ha ni ... Ijah akak si sumayyah . Dia pulak yang landing kat adik punya kete.
Penat sangat ikut ummi dia shopping la tuuu .



Orang pompuan ni ... senang je. Kalu kita nampak dia orang tension semacam je .... kita bawak dia pegi shopping. Ya lah bukan senang urus umah , anak2, makan minum, nak jaga suami lagi . Tambahan pulak sama2 bekerjaya. Mana kerja umah, mana kerja pejabat, mena kerenah anak suami,mana pula kerenah kekawan dan bos di opis tu.... stresssss tau !!! Jadi ubat mujarab utk orang pompuan tu lah yang tadi . kekadang bukan nak beli apa puuuun . Tapi bila dengar " jom shopping " hmmm .. hilang lengoh urus umah atau hilang sakit pala tension tuu .. he.he. senang kan?
Tengok lah mama tuuu ... senyum manis aje kan! he.he.
jangan lupa beramal!!! ( macam pernah dengar aje )
Jumpa lagi ...

1 comment:

PiJuK_Fisio said...

mariam da besar..rushdan pun..ustazah menten lg..hekhek..ustaz pn apa kurgnya..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails