Kumpulan Generasi Y ialah satu generasi yang merangkumi kumpulan anak muda 18 tahun ke bawah ( rasanya usia 20 hingga 40 tahun pun masih dibawah kelompok ini . he.he.) . Bagi mereka jargon seperti Yahoo Messenger, Blogspot, Twitter, MySpace, Spacebook, PS3 dan XBox barang kali bukan lagi sesuatu yang asing .
Teori2 generasi ini adalah teori demografi Barat. Pengaruh barat yang begitu kuat menyebabkan kita tidak dapat mengelakkan masyarakat dari terjebak dengan gejala2 negatif yang dikaitkan dengan generasi2 berkenaan. Sifat2 negatif generasi baby boomers (lahir 1946-1960) dikaitkan dengan hippies, perang, ganja, heroin, morphine dan hidup tanpa pegangan agama. Mereka menjadi ibubapa kepada generasi x (lahir 1960-1980) yang lebih parah kerana menolak perkahwinan. Maka sifat2 negatif generasi x dikaitkan dengan anak luar nikah, gay, lesbian dll. hasil pengaruh Boy George, penyanyi yang beridentitikan maknyah. Wujudlah juga gereja untuk gay dan lesbian dan pengesahan perkahwinan sesama jenis. Jauh lebih parah apabila generasi y pula menolak terus nilai2 agama dan pengaruhnya sangat kuat kerana dunia sudah tidak punya sempadan. Malaysia lebih bernasib baik kerana semasa generasi X masih remaja di awal tahun70an timbullah apa yang dipanggil ‘the rising tide of Islam’. Kumpulan belia dan pelajar di pusat pengajian tinggi yang mempunyai kesedaran untuk memartabatkan kembali gaya hidup Islam membawa satu gerakan yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Kumpulan inilah yang meletakkan kembali tudung di kepala wanita Melayu dan kopiah di kepala orang lelaki. Pada masa itu wanita hanya meletakkan selendang di bahu termasuk para ustazah yang mengajar di sekolah. Namun di penghujung 80an dan 90an kumpulan ini sudah berada dalam keadaan amat selesa. Mereka memegang jawatan2 penting dalam kerajaan dan koporat malah ramai yang menjadi kaya-raya. Seolah2 ‘perjuangan sudah selesai’ dengan mengharapkan biarlah kerajaan saja yang menguruskan pemartabatan ummah. Maka ‘The rising tide of Islam’ di Malaysia amat pendek usianya. Tiadanya program pengisian rohani yang mantap menyebabkan generasi Y di Malaysia merupakan anak muda yang lemah dan lesu mindanya. Yang pandai memperjuangkan ijazah dan jawatan tinggi dan yang kurang pandai memperjuangkan anugerah seni hiburan. Yang bodoh memperjuangkan kehidupan bebas tanpa batas. Masyarakat Islam berpuak2 kerana fahaman politik. Isu murtad mungkin merupakan menifestasi dari keadaan ini. Kita melihat sifat negatif generasi Y di Malaysia kadang2 lebih parah dari di barat. Dadah yang diambil oleh generasi Y adalah lebih canggih. Tidak mampu membeli dadah mereka menghidu gam dan yang paling hina sekarang ialah anak muda ketagihan menghidu najis lembu.
PENGGUNAAN teknologi yang keterlaluan akan mengundang kelahiran generasi masa hadapan yang hanya berminat dengan hiburan semata-mata dan langsung tidak menitik beratkan pembudayaan ilmu. hampir 90 peratus pelajar memiliki telefon mudah alih sendiri. Rata-ratanya pula cenderung ke arah perisian permainan PSP dan PS3 terkini serta 'ketagihan' aplikasi Web 2.0 seperti Facebook dan Friendster. Benarkah golongan ni lebih sanggup tak mempunyai saudara mara dari berpisah dengan PS3 dan facebook mereka ? Sejauhmanakah kebenarannya ?? Mampukah generasi Y ini mengambil manfaat dari kecanggihan teknologi ?
Sebelum luka menjadi nanah, sebelum nasi menjadi bubur siapa yang perlu bertanggungjawab ? apa peranan anda? pendekatan apakah yang sesuai untuk memahami dan mendekati mereka? Mahukah pengunjung budiman .. kelak akan mewarisi generasi Z ? generasi S.E.X ? atau ntah apa lagi nama yang bakal diberi?
komen anda ? Sama2 kita renungkan .....
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/07/23/generasi-apa-selepas-z/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
** di Bandar Baru Selayang ... lamanya tunggu innova di service . ustaz baru nak bertatih untuk mengenali mereka ...
Bimbinglah hambamu iniya Allah... Biarlah lahir dari generasiku apa yang dipanggil jiilul Quran.. aminnn ya rab .
1 comment:
Salam Ustaz. Saya Johan, student SMSLD dulu. Saya setuju dgn pendapat ustaz tentang dunia tanpa sempadan. Bahaya sekiranya tidak dikawal, dan juga bahaya sekiranya terlalu dikawal.
Bagi saya peranan ibu bapa dalam mendidik diperingkat kanak2 dan remaja sangat penting untuk memberikan satu foundation atau blueprint dalam diri mereka. Sekiranya foundation ini kukuh, berilah apa sahaja sempadan, mereka akan tahu batas2nya.
Jangan dihalang minat atau kemahuan mereka. Sebaliknya, minat boleh digunakan untuk lebih mendekati mereka.
Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah, ketika ditanya bagaimana untuk mengajak generasi muda ke masjid, jawab beliau, jgn tanya saya, tanya mereka. untuk mendekati remaja kita kena tanya mereka apa mereka mahu, dan approach mereka ke arah apa yg mereka mahu, sama seperti konsep marketing.
Sekiranya majoriti mahukan Mawi, maka kita bawalah Mawi ke masjid, maka ramailah orang akan datang ke masjid. hehe...
Ini cuma pendapat saya la...
Post a Comment