Saturday, August 29, 2009

ayam oh ayam!!

Assalamualaikum buat semua ...

Ramadhan di tempat kita ni memang best. mana2 pun meriah. Rezekilah pada para peniaga samada yang dah lama berniaga atau baru kali ni lah nak mula berniaga. Benarlah sabda nabi ... "awal ramadhan itu rahmat"
Apa idaknya nilah masa mereka meraih keuntungan berganda. Asalkan saja ADA KEMAHUAN untuk mencari rezeki atau untung. ( yang TAK MAHU tu... suruh apa pun banyak alasan kan!! ) . Kita pengguna ni tumpang mudah je. Pegi bazaar , tunjuk itu ini, balik makan. Mudah, simple. Tak yah nak payah2 masak bebagai kat umah.


gambar hiasan .. bazaar ramadhan


Satu petang, ustaz ke bazar ramadhan sg besar. Mudahkan citer ustaz belikan seekor ayam golek untuk berbuka pusa. harga seekor RM16. hmm... boleh tahan. Tu satu item saja! untuk sekali makan je pulak tu! Bayangkan kalau 2, 3 barangan sekali beli.

Memang betul orang kata.. zaman dah berubah, segalanya berubah. Sapa2 yang pemikiran tak nak berubah... jawabnya nahas!!! Tak lama dulu seekor ayam macam tu boleh dapat RM10 je. Bayangkan zaman anak2 nanti berkeluarga. Berapa agaknya harga seekor yam tu ya?

Apa yang menarik .. balik nak makan ayam tu masa berbuka... tak boleh nak makan. Apa sebab????? hmm... dah tak elok. mungkin ayam semalamnya tak habis, masih terus dijual! Alhamdulillah ustaz ada beli sup campur RM5 masa tu. dapatlah kami teruskan berbuka ngan sup tu. Akhirnya ayam tu kami buang saja.


Hmm.. tu lah bila tiada EHSAN dalam diri. buat benda ikut suka. kira nak untung dunia tak pikir mati dan akhirat! Walhal berniaga ni ibadah. besar pahalanya bila kita bantu memenuhi keperluan orang lain . tambahan pulak bulan ramadhan ni kan. Dia fikir tak da sapa tahu. tak da sapa2 nampak!!!


Esoknya, kami pegi pasar, beli seekor ayam. ustaz masak nasi ayam untuk berbuka pusa. Seekor cuma rm15 je. boleh makan sampai sahur untuk satu keluarga! berbaloi rasanya. hati pun puas dan tak da rasa sakit hati orang tipu tu ...


mama pulak buat pengat pisang kegemaran ustaz dan tauhu sumbat.


Esok lusanya kami buat pulak chiken chop. sebenarnya saja nak mencuba sendiri. jadi tak jadi tu no 5 yang penting kita dah berjaya mencubanya kan... biasanya makan di kedai tu sorang rm12 tau. hmm.. bayangkan ayam ust beli rm15 tu kan, kentang rm2 sekilo utk buat kentang putar , kentang goreng rm 4, bila buat dapat 6 set !!! . Baoleh bayangkan berapa jimat sebenarnya kan!! tapi bawah ni gambar hiasan jer sebab maklumlah yang kami punya tu kan baru nak belajar ... malu pulak nak tunjuk kat sini.... ek.eke.ke.ke


yang ni pulak satu lagi menu yang kami buat sendiri kat umah. rasanya kalau beli set di mana2 restoran yang menyediakannya ... tak kurang rm15 sekepala. Haa... nilah steambot!!! ustaz beli bebola222 tu baru abis rm13 je. tu pun pakai suku plastik untuk hidangan skeluarga. sotong udang kalau kira betul2 yg kami pakai untuk buat steambot ni saja +- rm4 lah.. hmm boleh bayangkanlah ...

pesan ustaz macam selaluuuu tu.... belajarlah masak sendiri. berbaloi!!! he.he.
cuma bazaar ramadhan tu ... memang susah nak tinggallah dalam bulan posa ni. mesti pegi juga .... sebabnya???? ustaz dah belajar di mesir, dah sampai saudi, dah singgah di england ... tak da bazaar macam tempat kita niiii .. betuulll !!!!


Ramadhan ...
bulan kerahmatan
bulan keampunan
bulan digandakan pahala ibadah dan amalan
amalan kebaikan digandakan !!
amalan buruk dan kejahatan ???
........................................

2 comments:

Cikgu Zailani said...

Assalamualaikum...
Kisah ramadhan yang banyak ikhtibar dan perlu dijadikan ingatan. Tentang masak sendiri tu mmg cikgu zailani amat setuju. Ia menjimatkan, senang dan berkat. Cukup le ala kadar je...
OK Selamat berpuasa

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum ustaz...
tergoda engok gambo2 ni,isk3x
tapi bab belajar masak sendiri tu dlm proses,hehehe

Salam Ramadan dari Cheras =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails