Wednesday, August 5, 2009

Bengkel Teknik Jawab BAKPMR & BATSPM


Alhamdulillah dengan izin Allah , ustaz menjejakkan kaki di SAM Tg Karang pada 1hb Ogos lalu. Hmm .. sebaik sahaja 2 , 3 hari selesai bengkel, dimaklumkan sekolah ditutup kerana ada pelajar dikesan H1N1 . Semoga semua diberikan sejahteraan hendaknya. Bersabar kepada ahli keluarga magsa terlibat .




terima kasih pada ustaz zulkifli marjonid dan ustazah hanizah atas undangan ini. Moga semua beroleh kejayaan .



Siri Jelajah Bengkel Teknik Menjawab 2009 diteruskan dengan rasa penuh keinsafan di Kem Bahasa Arab SAM Hj Dorani tahun 2009. Kali ni, PMR dan SPM ustaz diminta untuk menyampaikannya. Kawan punya pasal ... bantu jugalah walau pun memang dah rasa tak larat. siang malam pulak tu. Namun syabas pada semua peserta kerana mengikuti bengkel dengan penuh minat dan keinsafan.



tengok tuuu .. senyum belako , he.he.


Ingat pesanan ustaz .... lupakan yang lalu kerana merintih lama mana pun ia tak akan kembali. Tumpu dan fokus pada hari2 mendatang kerana ia mampu merubah apa jua yang kalian inginkan .



Tahniah pada peserta yang berjaya menjawab dengan baik latihtubi secara online . RM5 tu untuk sendiri ya... jangan kongsi dengan yang lain!!!!! he.he.



Pasukan lelaki SAM Hj Dorani pula membawa pulang wang tunai RM10. syabas dari ustaz. he.he. bahagilah sama rata dengan 30 orang ya !!!
Yang bawah ni di SAMT SSAAS bt 38 , Sabak Bernam baru-baru ni 3hb ogos. Kiranya penutupan jelajah lah tu sebab suara dah abissss. kena tunggu tahun depan pulak yaa ...
syukran pada ustazah normala , ustazah norabidah dan ustazah noraini atas jemputan ke bengkel pada tahun ni. Harap ustazah akan tersus bersabar dan berkomitmen untuk membantu mereka dengan seikhlasnya. Moga beroleh kejayaan semuanya.
MOGA CEMERLANG bersama arab2u.blogspot.com

3 comments:

safi said...

assalamualaikum ustaz,

nampak macam program besar antara sekolah2.macam mana buat program ni? anjuran ppd ke? berapa kos dia? berapa hari? pelajar kena bayar berapa? bermalam ke tidak? boleh pinjam kertas kerja tak? bestlah daerah sabak bernam banyak program banyak sekolah agama, student pun ramai, mesti best, kalau dapat bayang2 soalan BAK tu share lah ustaz ye.. :)

syukran ustaz.

ust amir said...

waalikumsalam . terima kasih atas kunjungan. sebenarnya semua tu anjuran sekolah masing2. cuma dia orang jemput ustaz je. Ada yang nak PMR ada pulak nak SPM. Tahun ni masing2 mula buat 2 slot ( 4 jam termasuk dengan pengisian motivasi ). Sebelum2 ni sekadar teknik menjawab je. Selama ni tak de apa ketetapan bayaran dari ustaz. Nak beri RM1000 sejam pun ustaz terima ( he.he. gurau je tu ) RM100 pun terima gak. Seikhlas dari penganjurlah. Pasal bayangan soalan minta maaf lah ... ustaz sendiri masih menunggu2 kot bayangan soalan tu keluar dalam mimpi, he.he. Walau apa pun syukran atas respon ni.

saffwan muzaffar SMKA K.Selangor said...

salam ya ustaz...
syukran atas segala ilmu yg ustaz berikan SAM TK...
sebenarnye nk jawab soalan dlm blog ustaz ari 2,tp tak nampak pulak sbb rabun..
tp insyaallah...
kalo ade masa insyaallah sya akan jwb soalan2 ustaz tu...

pape pon tmpg gembira sbb gamba sya ad dlm blog ustaz... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails