Tuesday, September 1, 2009

Nota balaghah tg4 Tasybih التشبيه

Siri nota balaghah Bahasa Arab Tinggi SPM diteruskan dengan memberikan huraian berkaitan tajuk tasybih . Perhatikan nota dibawah.
Cuba fahami dengan baik .


Dari contoh2 di atas jelas kepada kita bahawa tasybih ( التشبيه ) itu ialah perumpamaan dimana kita mengumpamakan sesuatu benda dengan sesuatu yang lain sepertinya. Pada asasnya ia terbina dari 4 rukun iaitu ( المشبه ) ( المشبه به ) ( الأداة ) ( وجه الشبه ) . Namun pembahagian jenis2 tasybih bergantung kepada wujud atau tiadanya 2 rukun iaitu ( الأداة ) dan ( وجه الشبه )

Contoh 1 ; Ubat itu pahit seperti peria .
huraian ; Dalam contoh ini terdapat ke semua rukun tasybih iaitu ubat ( المشبه ) pahit ( وجه الشبه ) seperti ( الأداة ) peria ( المشبه )
contoh 2 : Ilmu itu cahaya .
huraian ; Dalam contoh ini pula ia terbina dengan 2 rukun tasybih sahaja iaitu ilmu ( المشبه ) dan cahaya ( المشبه به ) manakala huruf tasybih ( الأداة ) dan huraian tasybih ( وجه الشبة ) tiada dalam ayat tersebut.
Arahan soalan (a) Tentukan jenis tasybih dalam ayat berikut . Di sini calon dikehendaki menentukan jenis2 tasybih dengan tepat seperti jadual di atas.
Manakala arahan soalan (b) ; Terangkan rukun-rukun tasybih bagi perkataan yang bergaris. Jadi calon mesti menguasai dan memahami dengan baik supaya tidak terkeliru.
Berikut pula adalah contoh soalan bagi kertas 2. Arahan berbunyi ; Letakkan huruf tasybih ( ) dalam ayat tasybih dengan cara @ayat kamu sendiri manakala soalan berikutnya berikan contoh untuk jenis tasybih berikut
Diharapkan semua calon dan bakal calon dapat memahami dengan jelas. sebarang kemusykilan sila .. tinggalkan jejak untuk dihubungi semula. sekian , wassalam
Gemilang Bahasa Arab Tinggi bersama arab2u.blogspot.com

1 comment:

calon SPM 09 said...

syukur.. alhamdulillah atas kewujudan blog khusus untuk bahsa arab PMR dan BA Tinggi SPM. Huraian mudah dan jelas. Amat bermakna kepada kami calon2 exam. Didoakan ustaz dikurniankan kesejahteraan dan kesihatan untuk terus menyumbang tenaga dan jihad dalam meninggikan bahasa al Quran ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails