Friday, November 20, 2009

kisah air mata

Tanggal 19 Nov 2009 lalu adalah antara hari terindah buat ustaz dan mama dalam hidup kami yang pastinya menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih dan seikhlas mungkin ...


Hari tu adalah hari kecemerlangan SK Parit Baharu, sekolah dimana dua anak kami bersekolah sejak dari darjah satu lagi. Tempoh enam tahun berulang alik saban hari mengelilingi kampung2 dan pekan Parit Baharu , menghantar dan mengambil anak bersekolah terasa amat singkat dengan perasaan yang telah kami lalui sebagai ibubapa tatkala anak kesayangan dianugerahkan Tokoh Akademik atas kecemerlangan dalam UPSR bersama 3 rakan karibnya.

Namun rasa sebak dan terharu sukar untuk kami kawal bilamana 3 lagi rakan karibnya tiada rezeki untuk meraih kejayaan yang sama. Air mata yang gugur antara kami ternyata amat berbeza makna dan ertinya. Suara esakan dan kesedihan bergema di seluruh dewan ... namun seperti yang sering ustaz ingatkan ... apa yang berlalu tak mungkin dapat kita kembalikan .

Hanya doa dari kami moga mereka tabah mengharungi perjalanan hidup seterusnya. Saat gembira antara mereka diharapkan dapat membangkitkan kembali keazaman untuk terus berjuang memburu kejayaan dan kecemerlangan dimasa akan datang. ...

Buat semua anak yang dikasihi ...

Rebutlah 5 perkara sebelum luput 5 perkara. Tanamkan azam dan tekad untuk membuat perubahan diri demi meraih kejayaan yang diimpikan.


Moga 2010 kelak menjanjikan keceriaan , kegembiraan seperti wajah2 ini pada diri anak2 dan ibubapa kalian tatkala mengambil keputusan peperiksaan PMR dan SPM kelak. amiin....


Tahniah dari abah dan ummi buat anakanda Maryam Husna, Fazira dan Nadia Husna dengan kejayaan meraih 5A dalam UPSR dan Mumtaz dalam PSRA yang lalu.

5 comments:

nhamizahashim said...

salam...tahniah utk mariam sekeluarga..moga kejayaan dpt digunakan ke jalan yg benar demi islam. nati msk sekolah mne??

Zalikha said...

assalamualaikum!!!! ustaz!! cutenyer muka baru blog ni...hahaha..cam remaja! young at heart! anyway...tahniah utk maryam!nnti dye masuk sbpisb gak ke??
saya harap adik saya x masuk sbpisb!hahaha

Saf said...

tahniah buat ustaz sekeluarga..

Anonymous said...

tahniah..bwat maryam husna,ustaz,mama n family..
mabruk alaikum...
harap2 dapat jumpe maryam di intersaber..huhu

wani said...

tahniah buat maryam dan ustaz sekeluarga...
smoga keluarga ustaz trus bahagia dan mengecapi kejayaan dunia wa akhirat... ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails