Monday, November 2, 2009

REHLAH KE HOTSPRING SUNGKAI

Dalam kesibukan kerja dan aktiviti dihujung tahun ni.. sempat juga ustaz bawa family bersantai dan berekreasi di salah sebuah pusat perkelahan di Perak ni. Hot Spring Sungai Klah, Sungkai Perak.

Cari nak sampai senang je ... ikut highway utara selatan, keluar ke Sungkai . Sebaik lepas tol, jumpa simpang 3, ikut kiri. Tak jauh akan jumpalah tanda arah dan simpang ke kiri menuju ke pusat berkelah ni.



Sesekali dia orang dapat mandi manda ... happy sakan !!! Ustaz tumpang happy lah bila anak-anak seronok


Sumayyah si baby pun happy gak ..



Fuh ... best tau. kolam sejuk yang bersumberkan air gunung ada, kolam air panas pun ada. Memang syok. Dulu mercun tandanya adalah replika sotong tapi sekarang dah berubah wajah. Kelihatannya macam dalam proses pengubahsuaian semula.





Penat dan letih rehatlah sekejap ..... apa lagi ? Jumpa apa pun semua sedap masa ni. Kebetulan pagi tu ustaz masak nasi goreng. Siap puji lagi bebudak tu. " sedaplah nasi goreng abah. Lagi sedap dari nasi goreng kat kedai tu !!! " he.he. senyum je lah kita bila dipuji kan


Apa pun ... silalah sesekali ke sini. Memang best.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails