Saturday, November 14, 2009

segalanya anugerahmu ya Allah

Dengan KETENTUAN DAN KEHENDAKMU YA ALLAH .. akhirnya hambaMu yang kerdil ini KEKAL di INTESABER .... sebagai HEM .

Berakhirlah segala teka teki yang bermain difikiran kami sekeluarga dan semua rakan serta anak didik yang disayangi. Bermula Isnin ini 16 November 2009 ustaz akan menjalankan tugas baru di sini yang sememangnya jauh lebih mencabar dan besar tanggungjawabnya. Hanya pasaMu ya Allah hambaMu ini menyerahkan segalanya. Dipohonkan padaMu .. moga tannggungjawab baru ini lebih mendekatkan diri ini kepadaMu ...

Kepada pihak Bahagian SBP & Kluster, KPM khususnya Tuan Pengarah, terima kasih kerana memahami keperluan dan hasrat kami. kepada warga SMAP Kajang khususnya pengetua dan rakan pentadbir.. mohon kemaafan kerana tidak dapat memenuhi hasrat dan impian untuk bersama. Tidak lupa pada anak didik SMAPK yang dah lama kehilangan "bapa" mereka. InsyaAllah akan ada pengganti yang jauh lebih bagus dan baik dari ustaz ni.

Pada rakan sejawat di intesaber terima kasih atas segala sokongan dan kerjasama selama ini. Diharap dengan perlantikan ni, jangan hanya berdiri di belakang ye ... kiri , kanan dan depan pun kena ada orang gak. kalau idak sapa nak jagakan .. he.he. Walau Apa2 pun diharapkan kita semua dapat bekerja lebih gigih dan bersatu hati kearah mengangkat martabat sekolah dan mendidik anak2 didik semua.

Buat isteri tersayang .. semua ini sudah pasti adalah kurniaan Yang Maha Berkuasa buat kita sekeluarga. Moga kita lebih mensyukuri nikmat kurniaannya ini. Terima kasih atas segala dorongan selama ini ..

Selain itu ....
Antara saat kegembiraan ibubapa adalah saat melihat kejayaan anak dalam usaha mereka. alhamdulillah akhirnya berjaya anakanda Maryam memperolehi MUMTAZ dalam PSRA nya ( exam sekolah agama petang ) baru2 ini. Debaran belum berakhir kerana result UPSR akan diumumkan pada rabu depan 18hb Nov ini.


Nak cerita gembiranya rasa hati ... sukar nak luahkan di sini. Tapi percaya wahai anak didik semua ... tiada siapa dari ibubapa tidak mengharapkan kejayaan dari anak mereka. Gembirakanlah hati mereka dengan seribu satu kejayaan kalian bukan kegagalan yang pasti mengecewakan ....

Buat ibubapa ...

Kejayaan itu pula bukanlah diukur dengan sijil, bukan dengan angka dan nombor semata2. Adakah no 1 bermakna dia telah berjaya? adakah 5A dalam UPSR, mumtaz dalam PSRA , 9A dalam PMR atau A dalam SPM kelak itu merupakan kejayaan HAKIKI? Apalah ertinya nilai A jika akhlaknya E disisi keluarganya, masyarakatnya dan lebih2 lagi disisi Tuhannya! Kerana apa??? pasti NERAKA tempat selayaknya buat mereka di akhirat kelak.

Yang lebih penting usaha dan tangungjawab yang telah mereka laksana dengan cara yang paling TERBAIK. hasilnya kita serahkan kepada Allah. Jika gagal dengan usaha terbaik mereka apakah bermakna mereka akan gagal selamanya? Berapa ramai tokoh dunia yang berjaya sebenarnya bermula dengan 101 kegagalan diperingkat awal mereka? Kita ibubapa perlu memahami hakikat ini semua supaya kita dapat mengawal perasaan di saat kita menghadapi kegagalan dan kekecewaan itu. Kecewa tetap kecewa bila kita menghadapi sesuatu kegagalan cuma kembalilah kepada ajaran al Quran bahawa hidup mati kita semuanya UJIAN Allah untuk melihat siapakah yang terbaik di kalangan kita!

Akhirnya sama2 kita sentiasa berdoa moga Allah kurniakan kejayaan dalam segala usaha yang kita lakukan ... amin.

*** berdebar menanti rabu depan ..

4 comments:

pai2u-ustazfadzlan.blogspot said...

assalamualaikum..
tahniah buat ustaz kerana tetap kekal di Intersaber,tahniah juga di atas pelantikan sebagai HEM..guru2 dan anak didik di intersaber begitu bertuah mndpat seorang guru sebaik ustaz.

abd rashid said...

salam..tahniah buat ustaz..PKHEM Intersaber Kedua...semoga dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang & diredhai Allah s.w.t.

nhamizahashim said...

salam...
tahniah buat ust...
smoga dpt mnjalankn tugas dgn sebaik nya...
membawa ank2 didik intersaber ke jln yg betul..
terutamanya dr segi akhlak..

wani said...

assalamualaikum..
sy harap blom terlmbat utk sy ucapkn tahniah buat ustaz atas pelantikan ustaz sbg PKHEM!! ^^
smoga ustaz tabah dan sabar dlm mndidik adik2 sy di intersaber...huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails